Putera Arab Saudi dihukum bunuh selepas bersalah bunuh orang

Seorang putera Arab Saudi dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki dalam kejadian tiga tahun lalu, menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

Putera Arab Saudi Dihukum Mati Kerana Membunuh

Putera Arab Saudi Dihukum Mati Kerana Membunuh

Mahkamah Saudi menjatuhkan hukuman mati ke atas Putera Turki Saud al-Kabir kerana menembak mati seorang warga Arab, Adel bin Suleiman bin Abdul Karim Mohaimeed dalam pergaduhan berkumpulan di pinggir Riyadh.

Laporan agensi berita AFP menyebut, Kabir adalah pesalah ke-134 yang menjalani hukuman mati tahun ini.

Insiden ini sesuatu yang jarang berlaku kerana ia melibatkan keluarga kerabat diraja negara itu.

Berdasarkan rekod, antara kes paling terkenal melibatkan kerabat Diraja Arab adalah membabitkan pembunuhan Raja Faisal yang mati dibunuh anak saudaranya, Faisal bin Musaid al Saud pada tahun 1975.

Menurut laporan tersebut, penahanan putera diraja itu dan seterusnya siasatan yang dijalankan membawa kepada pendakwaan ke atas baginda di Mahkamah Agung kerana melakukan jenayah.

Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Agung masing-masing bersetuju atas tuduhan tersebut dan perintah Diraja telah dikeluarkan bagi melaksanakan hukuman yang diputuskan mahkamah terhadap pesalah.

Keluarga mangsa dilaporkan menolak tawaran membayar ganti rugi (diyat) sebaliknya menuntut keadilan, demikian media tempatan memetik kenyataan kementerian itu.

 

Sumber: MStar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post