Samseng along kurung ibu, isteri dan anak sebelum simbah petrol ugut bakar hidup-hidup

Samseng along mengurung ibu, isteri dan anak saya di dalam rumah sebelum menyimbah petrol. Mereka ugut mahu membakar keluarga saya hidup-hidup,” ujar seorang peniaga burger yang hanya mahu dikenali sebagai Rizal, 34.

Samseng along kurung ibu, isteri dan anak sebelum simbah petrol ugut bakar hidup-hidup

Samseng along kurung ibu, isteri dan anak sebelum simbah petrol ugut bakar hidup-hidup

Dia yang menetap di Kota Damansara di sini, mendakwa terus diburu along yang memaksanya membayar kadar faedah hutang tidak munasabah mencecah RM36,000 walaupun pinjaman asas sudah dibayar.

Menurutnya, kejadian berpunca selepas dia kekurangan modal untuk membuka satu lagi cawangan gerai burger dan terpaksa membuat pinjaman bagi urusan mendapatkan tapak serta peralatan awal tahun ini.

“Saya mengambil keputusan membuat pinjaman dari syarikat pinjaman berlesen selepas melihat iklan disiarkan di sebuah akhbar.

“Saya berjumpa dengan seorang lelaki yang menguruskan pinjaman berkenaan pada 24 Jun lalu dan dia memberikan pinjaman RM500 sebagai permulaan serta meminta saya membuat bayaran RM1,000 dalam masa seminggu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post