Teh Ais RM 3.50 tapi dapat resit Milo ???



Semalam punya citer... RM 3.50 tak masuk AKAL ... di Station Shell highway menuju Tol Sg. Dua arah utara...

-----------------------------------

Sy tak kisah apa yg orang perkatakan tentang apa yang mereka perkatakan tentang saya dlm video..

Apa yang saya ingin jelaskan dlm konteks yang lebih terbuka ..

1- orang marah saya kerana pertikai harga teh Ais RM 3.50... dalam waktu yang sama yang marah kerana menyokong kenaikan harga barang sedangkan nilai mentah Teh dan milo dan nescafe jauh beza... jika harga milo dan teh berbeza dikira patut.. tapi nilainya sama.. fikirkan secara rasional bukan berfikir membabi buta.

2- Ada orang tanya adakah saya bertanya kepada kaunter berapa harga minuman itu... secara rasionalnya pergi mana2 pun kita akan faham nilai Teh lebih rendah dari Milo dan Nescafe... saya rasa yang tanya soalan tu pun tak akan tanya satu persatu berapa nilai harga minuman tersebut dikedai yang dia masuk

3- petro pam shell mengenakan caj GST kepada pelanggan yang membeli semua barangan yang dijual.. jika mereka mengenakan caj GST sudah tentu resit akan dikeluarkan.. tapi malangnya resit tidak dikeluarkan, so dimana perginya hasil cukai tersebut, sudah tentu hasil GST tidak dibayar dan pihak peniaga mendapat keuntungan berlipat kali ganda.. selepas itu kita sebagai pembeli marah kerana menanggung gst.. sedangkan peniaga tersebut mengaut keuntungan... mereka makin kaya ... yang persoal makin menyalak !!!

4- pada yang maki hamun saya ucapkan terima kasih kerana sahabat menerima kenaikan harga yang mendadak walaupun hakikatnya sahabat adalah kaki komplen

5- pada ketika itu tiada seorang pekerja melayu yang bekerja dan pekerja bangla beberapa kali cuba call penyelia tapi tidak terjawab... jgn kata saya tak mahu bercakap dengan pihak kedai tersebut

 Lagi video di SINI

Soal harga minum di starbuck ataupun dihotel semua orang tahu disitu memang harganya mahal... yang tak mampu tidak akan pergi... dan harga makanan dihotel juga bukannya sama kerana ia mengikut taraf hotel itu sendiri..jika bintangnya banyak maka lagi mahal lah harganya..

Fikir secara rasional bukan menyepitkan pemikiran

SEPATUTNYA KITA PERLU MENDESAK PIHAK BERWAJIB UNTUK SELARASKAN HARGA BARANG JUALAN.. BUKAN ASYIK BERPOLITIK MENUDING JARI ANTARA SATU SAMA LAIN..

JANGAN TERUS BERSIKAP SEPERTI ACUH TAK ACUH.. MAHAL ATAU MURAH ITU ADALAH REALITI KEHIDUPAN....

SAYA TETAP, YAKIN UNTUK MENDAPATKAN SESUATU YANG BERHARGA IA AKAN MERASAI KELUKAAN DAHULU.. IN SHAA ALLAH DIPENGHUJUNGNYA AKAN ADA CAHAYA YANG MENYINARINYA KEHIDUPAN INI.. WALLAHUALAM

Post a Comment

Previous Post Next Post