Tikus atas roti bakar, Komugi Bakery Malaysia mohon maaf

Ekoran insiden terdapat tikus atas roti bakar syarikat Komugi Bakery Malaysia hari ini memaklumkan mereka menutup sementara cawangan di pusat beli belah Mid Valley.

Tikus atas roti bakar

Tikus atas roti bakar

Tikus atas roti bakar

Menurut kenyataan syarikat itu langkah berkenaan dibuat bagi membolehkan mereka membantu siasatan dijalankan selepas insiden berkenaan dikesan.

“Aspek keselamatan dan kualiti makanan adalah keutamaan kami dan syarikat ini sentiasa mengambil serius kes berkenaan.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dan pengurusan pusat beli belah terbabit untuk menyiasat kes yang terpencil ini.

“Sebagai langkah segera untuk membantu siasatan, pihak kami menutup sementara cawangan di Mid Valley Megamall sehingga diberitahu kelak,” kata kenyataan dikeluarkan hari ini.

Terdahulu syarikat itu membuat permohonan maaf terbuka selepas gambar tikus dirakam berada di atas roti yang baru dibakar dalam kedai berkenaan.

Syarikat francais roti itu berkata kehadiran tikus sudah menjadi isu yang sedia dimaklumi di pusat beli belah itu dan ia dikatakan pernah berlaku, lapor The Star Online.

“Kami sedang cuba selesaikan (isu ini) untuk sejak beberapa lama,” kata Komugi Malaysia yang mengulas tulisan berkaitan di Facebook.

Komugi juga berkata pihaknya sudah melaporkan perkara itu kepada pengurusan pusat beli belah terlibat.

Perkara itu juga, katanya lagi, sebagai usaha berterusan memastikan semua kedai dan produk mereka tidak terjejas dengan isu makhluk perosak.

Gambar berkaitan mula beredar di laman sosial selepas pengguna Facebook Melon Roux memuat naik gambarnya Ahad lalu.

Beliau tidak menamakan kedai itu tetapi ia serupa dengan hiasan kedai Komugi.

Posting itu kini sudah mencecah lebih 4,700 kongsian dan 1,700 komen.

 

Sumber: Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post