Video kucing liar tiba-tiba panjat meja dan bersiaran secara live bersama pengacara TV jadi viral di Internet

Satu program televisyen di Turki sedikit terganggu apabila tiba-tiba menerima kunjungan ‘tetamu yang tidak diundang’ – seekor kucing liar.

Video kucing liar tiba-tiba panjat meja dan bersiaran secara live bersama pengacara TV jadi viral di Internet

Video kucing liar tiba-tiba panjat meja dan bersiaran secara live bersama pengacara TV jadi viral di Internet

Kucing liar itu turut sama bersiaran langsung bersama pengacara program tersebut, Kudret Çelebioğlu yang kelihatan sedikit terperanjat, namun dapat mengawal perasaan, apabila kucing itu mula menunjukkan kepalanya.

Kudret kemudian ‘memperkenalkan’ kucing itu kepada penonton dengan berkata ‘kita ada tetamu mengejut’ sebelum meneruskan program terbabit seperti biasa.

Namun, kucing terbabit tidak cepat mengalah dalam usahanya untuk mendapatkan perhatian. Ia kemudian memanjat meja dan duduk di atas laptop Kudret ketika pengacara itu sedang membaca tajuk utama untuk program terbabit.

Ketika itu, Kudret memperingatkan penonton tentang musim sejuk yang semakin hampir dan mereka perlu ingat untuk memberi makan kepada haiwan terbiar di jalanan dan biarkan ‘pintu rumah mereka terbuka'(membenarkan haiwan jalanan berteduh semasa musim sejuk).

Kucing itu kemudian dibawa keluar oleh seorang staf selepas Kudret menggosok kepalanya dan program itu berehat seketika.

 


Selepas program itu habis, salah seorang staf di stesen televisyen tersebut mengambil kucing terbabit untuk dibela dan menamakannya dengan nama Husnii, lapor Daily Sabah.

Difahamkan juga, kucing tersebut memasuki bilik studio menerusi satu pintu yang terbuka sebelum memunculkan dirinya di kamera.

Husnii menjadi sensasi internet selepas rakaman video siaran langsung itu dimuat naik dan menjadi viral sehingga mendapat perhatian portal antarabangsa.

Sumber: Dailysabah, itv

 

Via: SK



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post