Viral gambar bomba dukung 2 gadis di bahu dikecam netizen

Beberapa keping gambar menjadi viral di laman Facebook berkaitan dengan sebuah acara melibatkan syarikat pembekal alat pemadam kebakaran dan juga anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Viral gambar bomba dukung 2 gadis di bahu dikecam netizen

Viral gambar bomba dukung 2 gadis di bahu dikecam netizen

Viral gambar bomba dukung 2 gadis di bahu dikecam netizen

Gambar yang tersebut dilihat tidak wajar dan turut melanggar tatasusila masyarakat negara ini serta bercanggah dengan adat orang Islam.

Sejak diviralkan, sebanyak 3.3 ribu orang berkongsi gambar ini di laman sosial mereka dan pelbagai reaksi diperolehi daripada netizen.

Salah seorang pengguna Facebook meluahkan rasa kecewa beliau terhadap penganjur.

“Siapa yang buat ‘event’ macam ini dan siapa event manager? Untuk tarikan ramai orang, cara sebegini tidak perlu, biarlah yang bermanfaat dan berpendidikan,” tulisnya.

Ada juga yang merasakan bahawa insiden ini menjatuhkan imej pasukan bomba.

“Kenapa lah atur cara majlis ini tidak diteliti dahulu? Rosak imej mereka. Penat anggota yang lain bertugas demi amanah dan usaha mengangkat imej pasukan bomba,” katanya.

Bagaimanapun, ada juga yang meminta agar netizen tidak mudah menuding jari menyalahkan pihak tertentu dan memadam gambar tersebut.

“Jangan salahkan mana-mana pihak, mereka buat begitu mungkin atas permintaan penganjur. Dengan satu gambar sahaja boleh menghancurkan periuk nasi.

“Saya sarankan agar gambar ini dipadam untuk kebaikan bersama,” katanya

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (JBPM), Khirudin Drahman berkata, insiden yang terjadi adalah secara spontan dan meminta maaf di atas kekhilafan mereka.

“Perkara ini terjadi adalah secara spontan dan berlaku di luar kawalan kami. Niat asalnya adalah untuk menyokong acara Larian Amal Bomba oleh pihak penganjur.

“Selain itu, para anggota bomba yang terlibat juga telah meminta maaf di laman Facebook. Kami mengharapkan agar masyarakat tidak salah faham dengan kejadian ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.

Larian Amal Bomba ini merupakan kerjasam JBPM bersama dengan beberapa syarikat dan agensi swasta bertempat di Taman Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepung, Kuala Lumpur, semalam.

Di samping itu, wakil syarikat penganjur turut memohon maaf dan menjelaskan foto yang diviralkan itu bukan acara rasmi di majlis tersebut.

“Kami meminta maaf di atas insiden yang melibatkan sensitiviti orang ramai serta ingin menegaskan bahawa kami tiada niat buruk terhadap pihak-pihak tertentu.

“Oleh itu, kami berharap orang ramai tidak mereka cerita yang boleh menggangu keharmonian negara ini,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

1 Comments

  1. Apakah tahap mentaliti pengurusan penganjur ini.Yang pembekal itu businessman, mungkin orang kafir.Tapi yang dalam Bomba tu, bukan berugama Islam ke?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post