Bendera Malaysia diganti logo FAM, jersi baru Harimau Malaysia dikritik netizen

Jersi baru Harimau Malaysia skuad bola sepak negara yang diperkenalkan hari ini mengundang rungutan tersendiri di kalangan peminat.

Dua jersi ‘home’ dan ‘away’ diperkenalkan dalam satu majlis yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.

Bendera Malaysia diganti logo FAM, jersi baru Harimau Malaysia dikritik netizen

Bendera Malaysia diganti logo FAM, jersi baru Harimau Malaysia dikritik netizen

Kedua-dua jersi tersebut masing-masing berwarna hitam dengan jalur kuning di sisi kiri dan kanan, manakala satu lagi berwarna putih berjalur biru di bahagian sisinya.

Apa yang dipersoalkan bukan pilihan warna walaupun dilihat ‘hilang identiti’, sebaliknya penggunaan bendera Malaysia diganti dengan logo rasmi FAM.

Tradisinya, bendera negara akan terpampang di bahagian kanan dada dan logo penaja atau pengeluar jersi tersebut diletakkan di bahagian dada kiri.

Namun, tidak ada Jalur Gemilang pada reka bentuk jersi skuad Harimau Malaysia kali ini dan peminat rata-rata tidak berpuas hati dengan reka bentuk tersebut.

Selain isu logo, penggunaan warna hitam juga bercanggah dengan warna jersi tradisi yang menggunakan warna kuning sebagai jersi ‘home’.

Bagi pemilik akaun Facebook Zulramlee Awang, dia menyifatkan jersi tersebut sudah cantik tetapi tidak bersetuju dengan penggunaan logo FAM.

“Logo saja masalah, 90 rakyat rakyat Malaysia tak setuju letak logo FAM. Kenapa letak logo FAM?

“Kami mahu bendera Malaysia atau logo Harimau Malaysia,” katanya yang memberi komen di Facebook Harimau Malaysia.

Amin Azfar: Apa guna buat logo baru? Untuk nampak gah media sosial saja ke? Smart gila kot logo baru tu.

Hakim Bin Aziz: Kenapa logo FAM? Asal tak letak muka orang berkenaan dalam FAM. Baru gempak.

Zairul Hakim: Admin saya rasa pakai logo Malaysia lagi OK, baju dah lawa.

FAM: Ini standard biasa, lebih eksklusif

Sementara itu FAM dalam kenyataannya menjelaskan mengapa jersi tersebut menggunakan logo FAM dan bukannya bendera Malaysia seperti pada tiga jersi terdahulu.

“Dalam bola sepak antarabangsa, logo federasi adalah ‘standard’ yang biasanya digunakan di bahagian dada jersi kebangsaan.

“Jika dilihat pada kejohanan Euro 2016, Copa America 2016 dan Piala Asia 2015, hampir kesemua negara menggunakan logo federasi atau logo pasukan di jersi masing-masing.

“Malah dengan penggunaan logo federasi, jersi ini lebih eksklusif melambangkan jersi bola sepak dan bukan jersi sukan lain,” kata FAM.

Sementara itu, FAM juga menjelaskan kenapa kenapa pihaknya tidak memilih logo pengganti lain, seperti logo pasukan Harimau Malaysia yang dilancarkan pada 16 September lalu.

“Jersi pasukan Malaysia dihasilkan serentak dengan jersi-jersi keluaran 2016 negara-negara lain yang ditaja oleh Nike dan keseluruhan proses rekaan sehingga produksi mengambil kira-kira 18 bulan.

“Jersi-jersi ini telah siap pada awal tahun 2016 untuk pelancaran negara masing-masing menjelang kejohanan-kejohanan tahun 2016 seperti Euro 2016 dan juga Copa America 2016,” tambah kenyataan itu.

Ultras: Perubahan FAM lebih penting dari jersi

Sementara itu, bagi penyokong tegar skuad kebangsaan iaitu Ultras Malaya, isu jersi itu tidak penting sebaliknya sistem bola sepak negara lebih perlu diutamakan.

Jurucakapnya Alfadli Awaludin berkata, untuk Malaysia yang paling utama dan kritikal sekarang adalah sistem bola sepak.

“Perubahan secara menyeluruh dalam FAM sangat perlu, itu lebih utama daripada jersi.

Secantik mana pun jersi, seburuk mana pun jersi jika sistem bola sepak, mentaliti orang yang menguruskan bola sepak tidak sampai ke tahap sepatutnya, elok disarung kain guni waktu perlawanan.

“Ia bagi mencerminkan sistem bola sepak serta tahap mentaliti orang yang menguruskan bola sepak Malaysia,” katanya kepada Malaysiakini.

Sumber: Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post