Donald Trump menang Presiden AS, Yuna turut rasa tempias

Donald Trump menang Presiden AS, Yuna turut rasa tempias | Bukan di kalangan selebriti Hollywood saja terkesan dengan kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) malah penyanyi tanah air Yuna turut merasa tempias.

Beberapa jam selepas kemenangan Trump diumumkan, Yuna memuat naik status di media sosial.

Donald Trump menang Presiden AS, Yuna turut rasa tempias

Donald Trump menang Presiden AS, Yuna turut rasa tempias

“Nampak gaya, kita perlu bekerja keras untuk menyemai cinta, respek, memahami antara satu sama lain dan hak kesamarataan antara insan,” tulisnya.

Peminat sebenarnya tertanya-tanya sama ada kemenangan Trump bakal menjadi titik noktah buat Yuna yang sedang membina karier di negara Uncle Sam itu.

Trump – seorang yang lantang membuat kenyataan mengenai anti Islam – hari ini diumumkan sebagai Presiden AS selepas mengalahkan calon pilihan dari Demokrat Hillary Clinton.

Pada masa sama, peminat turut melahirkan kebimbangan mereka dengan keselamatan artis kesayangan malah meminta penyanyi Terukir di Bintang itu segera pulang ke tanah air.

Yuna yang menyifatkan pilihanraya AS sebagai merepek bagaimanapun, dilihat tidak gentar dengan keputusan rakyat AS yang sebahagian besarnya memenangkan Trump.

“Saya akan pulang sebentar untuk kerja dan keluarga. Tetapi ingat, pelajar Malaysia yang belajar di sini kena terus tinggal. Kena jadi berani seperti mereka,” katanya.

Sumber: Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

1 Comments

Previous Post Next Post