Elly Mazlein di boo penonton Gegar Vaganza ketika Dato Vida sebut namanya

Elly Mazlein, 36, tidak terasa hati apabila dia di ‘boo’ penonton pada konsert kelima dan keenam Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) apabila namanya disebut penaja utama program itu, Datuk Seri Vida untuk diberikan imuniti agar dapat diserap masuk semula.

Elly Mazlein di boo penonton Gegar Vaganza

Elly Mazlein di boo penonton Gegar Vaganza

“Saya tak berjauh hati kerana sedia maklum setiap artis ada peminat yang akan menyokong mereka dan faham konsep itu.

“Sebenarnya semua peserta GV3 rapat persis adik-beradik. Apabila di ‘boo’, saya tak rasa apa-apa kerana semua pertandingan memang begitu malah saya tak marah pun penyokong artis lain walaupun sebelum ini mereka asyik menyalahkan peminat saya.

“Peminat sedih tetapi saya beritahu mereka saya ok. Saya perasan sejak minggu kelima konsert GV3 lagi saya di boo apabila Datuk Seri Vida mencalonkan nama saya untuk diberikan imuniti. Saya faham penyokong dan peminat mesti menyokong artis kegemaran masing-masing,” katanya.

Menurut Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, menjadi anak seni hati mesti kuat dan tidak boleh cepat melatah.

“Sebagai anak seni, jangan cepat sentap dan mesti sanggup berdepan dengan apa saja cabaran. Hati mesti keras, kental dan kebal,” katanya.

Elly berkata walau apa pun situasi dilaluinya kini, dia amat berterima kasih kepada GV3 kerana sejak memasuki program itu rezekinya semakin murah.

“GV3 beri impak besar kepada kerjaya seni saya. Sebelum ini saya pernah berehat selama dua tahun kerana hamil dan berpantang.

“GV3 membantu saya dalam banyak seni dan menjadi pembuka jalan untuk kembali aktif menyanyi dan berlakon,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post