Seorang wanita merayu orang ramai mengesan adiknya, Shareen Naz Niaz Akhtar, 21, yang hilang sejak 27 Mac lalu.
Norinnahs Niaz Akhtar, 25, berkata, ini kali pertama adiknya hilang selepas pulang dari kerja di Jalan Kuchai Lama sebagai kerani di sebuah syarikat.
“Kebiasaannya selepas habis kerja, dia pulang ke rumah jam 6 petang tetapi kehilangannya membuatkan kami sekeluarga bimbang.
“Sudah puluhan kali kami cuba menelefonnya, tetapi dia menutup telefon sehingga kini dan membuatkan kami gagal mengesan lokasi dia berada,” katanya.
Norinnahs Niaz yang berketurunan Pakistan merayu orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali mangsa supaya menghubunginya di talian 016-3466553.
“Saya takut kehilangan adik mempunyai kaitan terhadap bekas teman lelakinya.
“Sudah berminggu kami sekeluarga cuba mencarinya di sekitar Jalan Kuchai Lama dan bandar raya tetapi masih tidak jumpa,” katanya.
Katanya, ketika hilang, adiknya memakai baju kemeja hitam tidak bercorak, seluar legging dan membawa beg selimpang hitam yang bertali emas.
“Saya menyeru adik untuk pulang ke rumah secepat mungkin kerana ibu sedang sakit dan mengalami penyakit darah tinggi.
“Jika adik sayangkan keluarga, tolonglah pulang ke rumah dan buka telefon untuk memudahkan segala urusan, katanya.
Norinnahs Niaz berkata, dia sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan adiknya di Balai Polis Salak Selatan Baru pada 9 April lalu.
Dia juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali mangsa untuk menghubunginya di talian 016-3466553.
Sumber: Metro
Sumber Gadis jelita hilang lepas pulang dari kerja, abang rayu orang ramai tolong cari adiknya