Fenomena Supermoon hanya berlaku 15 minit, ratusan orang kecewa

Fenomena Supermoon, bulan terbesar dan paling terang dalam tempoh hampir 70 tahun ini, disaksikan lebih 500 pelajar dan orang awam di perkarangan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), di sini, malam ini.

Supermoon adalah fenomena bulan penuh yang berada paling hampir dengan bumi. Kali terakhir ia terjadi pada 1948 dan fenomena sama dijangka berlaku lagi pada 2034.

Fenomena Supermoon hanya berlaku 15 minit, ratusan orang kecewa

Fenomena Supermoon hanya berlaku 15 minit, ratusan orang kecewa

Bagaimanapun, setakat jam 9.20 tadi, ramai yang kecewa apabila Supermoon hanya muncul 15 minit sejak 7.24 malam tadi berikutan awan tebal dan cuaca mendung.

Sementara itu, Pensyarah Kanan, Program Astronomi Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Dr Raihana Abdul Wahab, berkata fenomena berkenaan mengajak orang Islam mengagungkan kebesaran pencipta-Nya.

Beliau berkata, fenomena itu dinyatakan dalam al-Quran sebagai bulan penuh dan ditandakan sebagai 15 haribulan dalam kalendar Islam.

“Fenomena Supermoon tiada kaitan dengan mitos supernatural seperti yang diuar-uarkan segelintir pihak tetapi adalah fenomena astronomi yang dijelaskan dalam al-Quran.

“Umat Islam bertuah kerana bulan berada paling hampir dengan bumi ketika ini dan menunjukkan kebesaran Allah supaya kita boleh berfikir selain, menghitung anak bulan untuk tentukan sistem kalendar islam mengikut peredaran bulan,” katanya.

Dr Raihana berkata, selain Supermoon, fenomena dinantikan peminat astronomi adalah gerhana matahari, untuk menyaksikan keajaiban lapisan terluar matahari, Korona yang hanya boleh disaksikan ketika gerhana matahari.

Sumber: Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post