Harga minyak dunia terus jatuh berikutan kebimbangan terlebih bekalan

Harga minyak dunia melanjutkan kejatuhannya untuk sesi ketiga hari ini berikutan kebimbangan mengenai keadaan terlebih bekalan.

Ia susulan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mencatatkan output pada paras rekod bulan lalu dan jumlah pelantar minyak AS meningkat lagi.

 
Harga minyak dunia terus jatuh berikutan kebimbangan terlebih bekalan

Harga minyak dunia terus jatuh berikutan kebimbangan terlebih bekalan

Kontrak minyak mentah Brent bagi penghantaran Januari jatuh tiga cents kepada AS$44.72 setong, selepas jatuh AS$1.09 pada Jumaat lalu.

Kontrak minyak mentah utama dunia itu mencecah paras rendahnya sejak 11 Ogos pada paras AS$44.19 Jumaat lalu.

Minyak mentah NYMEX bagi penghantaran Disember merosot 11 cents kepada AS$43.30 setong, selepas ditutup jatuh AS$1.25 pada Jumaat lalu.

Kontrak itu mencecah paras rendahnya sejak 20 September pada paras AS$43.03 Jumaat lalu.

Harga minyak berdepan tekanan selepas OPEC berkata pada Jumaat bahawa pengeluaran minyaknya meningkat kepada 33.64 juta tong sehari (bpd) pada bulan lalu, meningkat 240,000 bpd berbanding September.

OPEC bercadang untuk mengurangkan atau membekukan output, tetapi pelabur skeptikal rancangan itu boleh dilaksanakan ketika mesyuarat pertubuhan itu pada 30 November ini. – Reuters

Sumber: Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post