Hrithik Roshan lelaki ketiga paling kacak di dunia 2016

Pelakon Bollywood, Hrithik Roshan, 42, rasa terharu dan bersyukur apabila dirinya berada di tempat ketiga Lelaki Paling Kacak Di Dunia 2016 menerusi undian laman web Worldstopmost.com.

Hrithik Roshan Lelaki Ketiga Terkacak Di Dunia

Hrithik Roshan Lelaki Ketiga Terkacak Di Dunia

Menurut bintang Kaho Na Pyar Hai, dia tidak menyangka yang dirinya turut tercalon untuk bersaing dengan nama-nama besar Hollywood seperti Tom Cruise, Robert Pattinson dan Brad Pitt.

“Saya amat berbesar hati apabila menerima pengiktirafan ini, bagi pendapat saya undian ini bukan mempertaruhkan wajah sahaja tetapi merangkumi bakat, pencapaian serta kemajuan karier seseorang selebriti.

“Malah, kesungguhan dalam mempromosikan filem juga diambil kira oleh pengundi yang sudi meluangkan masa untuk membuat pilihan mereka.

“Apa-apa pun, pengiktirafan yang saya terima membuatkan saya lebih bersemangat menjadi pelakon yang lebih versatil dalam apa jua genre filem ,” kata Hritik kepada portal The Times of India.

Menyentuh mengenai karier lakonan, Hritik bakal muncul dengan filem baru yang berjudul Kaabil yang diarah oleh Sanjay Gupta.

Filem ini akan ditayangkan pada 26 Januari 2017 turut dibintangi pelakon lain seperti Yami Gautam, Ronit Roy dan Narendra Jha.

 

Sumber: Astro Gempak



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post