Mayat tertukar di Hospital Pulau Pinang, tak tahan bau mayat punca waris salah cam

Kegagalan waris membuat pengecaman mayat dengan sempurna dikenal pasti sebagai punca berlakunya kejadian tertukar mayat di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini Isnin lalu.

Mayat tertukar di Hospital Pulau Pinang

Mayat tertukar di Hospital Pulau Pinang

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, waris mangsa dalam kejadian itu tidak melakukan pengecaman mayat dengan sebetulnya apabila difahamkan tidak tahan dengan bau mayat ketika mahu menuntut mayat seorang lelaki.

“Malah, wanita berusia 53 tahun itu juga dikatakan muntah beberapa kali akibat tidak tahan dengan bau mayat bapa saudaranya yang sudah tiga hari meninggal dunia.

“Ekoran itu, wanita terbabit tanpa melihat dengan lebih dekat mayat yang hendak dituntut terus mengarahkan pihak hospital menguruskan mayat yang disangka mendiang bapa saudaranya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Isnin lalu, seorang lelaki Cina berusia 28 tahun membuat laporan polis mendakwa mayat bapanya yang maut dalam kemalangan motosikal sehari sebelum itu dituntut keluarga lain yang sudah pun membuat upacara pembakaran mayat.

Sumber: UTUSAN ONLINE



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post