Isu Syamel ciplak lagu: Ayai Ilusi tak puas hati royalti cuma 50%

Tidak berpuas hati dengan 50 peratus pengagihan hak royalti, Ayai Ilusi kecewa keputusan dicapai tanpa melibatkan dirinya sebagai seorang penggubah lagu.

Ayai mendakwa beliau tidak dipanggil duduk semeja dengan pemilik DD Music, Edry Abdul Halim yang menerbitkan lagu Hidup Dalam Mati dan pemilik Luncai Emas, Datuk M Nasir (Ku Kejar Bayangmu).

Isu Syamel ciplak lagu: Ayai Ilusi tak puas hati royalti cuma 50%

Isu Syamel ciplak lagu: Ayai Ilusi tak puas hati royalti cuma 50%

Baca artikel sebelum: Kantoi! Rupanya Syamel ciplak lagu Hidup Dalam Mati dari Ayai Ilusi

“Menerusi perbualan telefon dengannya, Edry bersetuju untuk berjumpa dengan saya dan M Nasir terlebih dahulu. Tetapi kesudahannya, persetujuan pengagihan royalti sebanyak 50 peratus dicapai tanpa adanya saya, katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.”

“Hal tersebut disampaikan kepada saya menerusi pengurusan Luncai Emas dan sebagai komposer, saya tidak menyenangi tindakan Edry itu.”

Ayai atau nama sebenar Zaharuddin Kamaruddin, 54, sebelum ini mendakwa lagu yang digubah khas untuk finalis Kilauan Emas diciplak naib juara AF2015 Syamel.

“Saya baru sahaja berjinak-jinak dalam penulisan lagu, apabila hak saya cuba dinafikan dengan pembayaran royalti sebanyak itu sahaja, manakala selebihnya diberikan kepada Syamel.

“Edry juga seorang komposer, sepatutnya dia tahu membuat penilaian terhadap sesebuah karya itu.

“Syamel juga hanya menyanyikan single berkenaan dan cuma menggubah sedikit pada bahagian chorus.

“Selainnya adalah hak cipta saya sendiri yang perlu dipertahan,” katanya namun enggan mengambil tindakan lanjut.

“Saya tidak akan memanjangkan hal ini dengan mengambil tindakan undang-undang dan sebagainya. Saya bersyukur serta redha dengan perjanjian yang telah dibuat antara Luncai Emas dan DD Music.”

Syamel dalam responsnya menafikan dakwaan menciplak lagu kerana kedua-dua pihak sudah mencapai kata persetujuan, lapor akhbar itu lagi.

“Muktamadnya, lirik adalah ciptaan saya, manakala lagu pula nukilan kami berdua. Itu yang buat orang keliru sebenarnya,” katanya.

Lagu itu melonjakkan karier Syamel sehingga tercalon kategori Artis Baru Terbaik dan Lagu Pop Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-22.

Ia juga bakal dipertaruhkan di pentas separuh akhir Muzik Muzik 31 esok.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post