Jangan beli atau gunakan produk Za’faran – Ketua Pengarah Kesihatan

Orang ramai diingatkan tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar Za’faran kerana mengandungi dexamethasone (sejenis kortikosteroid) dan chlorpheniramine (sejenis antihistamin) dikawal mengikut Akta Racun 1952.

 

Jangan beli atau gunakan produk Za'faran - Ketua Pengarah Kesihatan

Jangan beli atau gunakan produk Za’faran – Ketua Pengarah Kesihatan

 

 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semakan menerusi pangkalan data Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengesahkan produk itu tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Menurutnya, antara kesan dilaporkan akibat produk itu termasuk ketidakseimbangan elektrolit yang boleh menyebabkan masalah lain seperti degupan jantung tidak teratur dan kelemahan otot.

“Dexamethasone ialah sejenis kortikosteroid yang poten (mempunyai kesan kimia dan fizikal kuat). Ia digunakan untuk rawatan masalah bengkak dan radang yang serius.

“Penggunaannya secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom cushing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pesakit menghidap kencing manis berisiko tinggi kerana boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal hingga mengakibatkan komplikasi serius.

Selain itu, katanya chlorpheniramine ialah sejenis antihistamin yang digunakan untuk melegakan selsema serta reaksi alahan seperti ruam.

“Kesan sampingan chlorpheniramine termasuk mengantuk, penglihatan kabur, muntah, sembelit dan kelemahan koordinasi anggota badan,” katanya.

 

 

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post