"Janganlah Makan Bersepah" - Netizen Ini Kesal Dengan Adab Masyarakat Malaysia

Pernah tak anda lihat keadaan di atas meja makan terutama di restoran makanan segera? Kebanyakannya berada dalam keadaan bersepah. Lebih sadis apabila sampahnya dibuang merata-rata sehingga ke bawah meja.



Seorang netizen bernama Fikri Zul Ain meluahkan kekesalannya mengenai sikap masyarakat di Malaysia ketika makan di restoran makanan segera.

Mana tidaknya, sudahlah tidak berkemasberterabur pula tu di atas meja sehingga ada juga yang terjatuh di lantai.



Netizen ini menyeru orang ramai agar berfikiran terbuka untuk meringankan beban pekerja. Tak rugi apa pun, hanya masukkan sisa makanan dan sampah seperti tisu yang digunakan ke dalam pinggan atau dulang makanan. Cara kita makan juga menunjukkan keperibadian kita, jadi tak salah kalau kita membantu sesama kita selain beramal. Tak begitu?

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen lain yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan Fikri itu. Malah ada yang turut berkongsi pengalaman bekerja di restoran makanan segera selain berkongsi pengalaman sendiri makan di luar.



Bagaimanapun, tidak semua berfikiran positif. Ada juga netizen yang disifatkan berfikiran sempit dengan menganggap tugas mengemas adalah tanggungjawab pekerja restoran. Kenyataan negatif itu bagaimanapun berjaya ditangkis netizen lain yang bersikap lebih terbuka.


Sumber foto: FB Fikri Zul Ain

Slogan 'customer is always right' sepatutnya boleh digunapakai hanya jika pelanggan itu berada di 'jalan' yang betul. Jika mahukan perkhidmatan yang bagus, pelanggan juga harus memainkan peranan yang sepatutnya. 

Post a Comment

Previous Post Next Post