Jawatankuasa menteri Israel meluluskan rang mengehadkan bunyi azan | Jawatankuasa menteri Israel meluluskan rang mengehadkan bunyi bising dengan melarang penggunaan pembesar suara di luar untuk mengalunkan azan.
Pembangkang menyifatkan tindakan itu sebagai ‘rasis’ walaupun Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, menyuarakan sokongan kuat.
Jawatankuasa Menteri bagi Perundangan meluluskan apa yang digelar ‘rang bilal’ yang dirangka bagi menangani aduan tidak berpenghujung mengenai bunyi bising, terutama pada awal pagi.
“Ratusan ribu penduduk Israel di Galilee, Negev, Baitulmaqdis, berhadapan bunyi bising setiap hari disebabkan alunan azan dari masjid
“Kebisingan itu mengganggu waktu rehat penduduk beberapa kali sehari, termasuk pada awal pagi dan waktu malam,” menurut perundangan itu.
Rang itu kini perlu melalui tiga bacaan di Parlimen sebelum menjadi undang-undang.
Menyokong langkah itu, Netanyahu berkata, pejabatnya menerima banyak aduan mengenai kebisingan.
Rang itu, yang diserahkan ahli Parlimen Motti Yogev dan Robert Ilatov, menyusul beberapa demonstrasi yang diadakan di timur Baitulmaqdis, menuntut bunyi bising dihadkan.
Mempertahankan rang berkenaan di depan 17.5 peratus penduduk Arab di Israel, kebanyakannya beragama Islam, Yogev berkata azan pada awal pagi mengganggu tidur ratusan ribu penduduk Yahudi dan Arab.
Sementara itu, anggota Knesset mewakili komuniti Arab mengkritik rang berkenaan yang menyifatkan ia mencerminkan sentimen anti-Islam. – AGENSI
Sumber: Bharian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW