Kejayaan pasukan Kedah merangkul Piala Malaysia malam tadi turut diraikan seorang pesara tentera yang melakukan larian solo dari bandar raya ini ke Kuala Kedah.
atuk 61 tahun buat larian solo dari Shah Alam ke Kedah
Nasir Abas, 61, yang memang tidak asing dengan acara itu, memulakan lariannya dari Stadium Shah Alam pada jam 8.55 pagi tadi.
Beliau berkata, larian berkenaan adalah yang ke-12 baginya, kali ini meraikan kejuaraan Kedah selepas menewaskan Selangor.
“Sebelum ini saya berlari solo ketika Kedah memasuki final tahun lalu, selain pada sambutan Hari Kemerdekaan.
“Semalam, saya berniat jika Kedah menang, saya akan melakukan larian ini.
“Saya akan berlari sejauh 500 kilometer melalui jalan persekutuan selama 10 hari,” katanya.
Nasir berkata, rakannya, Mohd Fisol Hassan, 52, akan mengekori larian beliau bagi tujuan keselamatan manakala isterinya, Faridah Lowamiah, 58, mengikuti mereka hingga ke Rawang sebelum pulang sendiri ke Kedah.
Sumber: BH Online
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW