Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu melihat kerjasama berterusan di bawah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat. (Gambar: gettyimages & ibtimesuk)
Menerusi keputusan undian yang dilaporkan The Guardian menunjukkan Trump meraih 276 undi 'electoral votes' atau daerah pemilih mengatasi Hillary Clinton dengan 218 undi.
Meskipun disebalik kejayaan Trump itu terselit kesedihan sebahagian pengundi negara itu yang kecewa atas keputusan tersebut, Malaysia mengambil pendekatan positif dalam terus menjalinkan hubungan kerjasama dengan AS.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mengucapkan tahniah pada Trump menerusi Twitter dan menyatakan kerjasama berterusan bersama AS dalam kenyataannya di dalam blognya, najibrazak.com, hari ini.
"Dunia menyaksikan pilihan raya presiden pada tahun ini suatu yang menarik. Setiap kali ia berlaku, pengkritik media membuktikan mereka salah dan keputusan yang dijangkakan pakar juga berubah.
"Trump seperti calon luar apabila diumumkan sebagai calon buat pertama kali. Dia mengalahkan pencabarnya dengan memenangi pencalonan untuk parti Republikan dan ia menjadi kejayaan besar buatnya hari ini," katanya menerusi najibrazak.com, hari ini.
Najib juga menyatakan kejayaan Trump menunjukkan ahli politik tidak seharusnya mengambil kesempatan pada pengundi. Faktor pandangan mengenai undi dan latar belakang politik tidak boleh dipandang rendah dalam memberi sokongan pada calon seperti Trump.
"Rayuan mengenai rakyat Amerika yang ketinggalan sebelum ini yang mahu melihat kerajaan mereka lebih fokus terhadap kehendak dan kebajikan, kurang penglibatan dalam campur tangan pihak luar membuktikan ia berbeza dengan kehendak AS - memenangi Trump di Rumah Putih," katanya.
Najib menjalinkan hubungan baik dengan Barack Obama sebelum ini.
Tambahnya, pada tahun 2014, AS dengan Malaysia meningkatkan hubungan kerjasama yang komprehensif menerusi kerjasama di peringkat antarabangsa dalam menangani isu pengganas dan ekstremisme."Kita melihat kerjasama ini berterusan di bawah Trump sebagai presiden. Saya mengucapkan tahniah atas kejayaan luar biasa ini dan berharap untuk bertemu dengannya nanti," katanya.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW