Kejelitaan gadis penjual sayur Nepal jadi bualan netizen di media sosial

Kejelitaan gadis penjual sayur Nepal jadi bualan netizen di media sosial | Anda mungkin telah mendengar tentang bagaimana Arshad Khan, seorang penjual teh kacak dan bermata biru dari Pakistan menjadi terkenal di media sosial dalam sekelip mata selepas gambarnya disiarkan di Instagram.

Kini, gambar seorang gadis penjual sayur dari Nepal, Kusum Shrestha pula menjadi viral di media sosial gara-gara rupa parasnya yang menarik, BBC melaporkan.

Kejelitaan gadis penjual sayur Nepal jadi bualan netizen di media sosial

Kejelitaan gadis penjual sayur Nepal jadi bualan netizen di media sosial

Gambar gadis berusia 18 tahun itu sedang menjual sayur-sayuran di sebuah pasar tempatan telah dirakam dan ia telah menarik perhatian ramai apabila ia dimuat naik di internet.

Hashtags #Tarkariwali dan #Sabjiwali yang kedua-duanya bermaksud ‘penjual sayur-sayuran’ telah menjadi ‘trending’ di media sosial apabila netizens memuji kejelitaannya.

Dalam sekeping gambar, gadis itu dilihat tersenyum ketika beliau memikul sebakul tomato ketika lalu di atas titi.

 

-foto Facebook

Gambarnya sedang bercakap di telefon bimbit semasa menjual sayur-sayuran di pasar turut dirakam.

Shrestha datang dari sebuah keluarga petani yang berpangkalan di Bagling, Gorkha, iaitu kira-kira 90km di barat Kathmandu.

Shrestha memberitahu BBC Nepali bahawa beliau adalah seorang pelajar di kawasan berhampiran Chitwan, dan sedang membantu ibu bapanya semasa kolej sedang bercuti ketika gambar itu diambil.

Sumber: Mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post