Kenaikan minyak sepatutnya 20 sen tetapi Najib minta kurangkan jadi 15 sen

Kenaikan minyak petrol bulan ini sepatutnya 20sen dan bukan 15sen, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.

Katanya keadaan itu berlaku kerana berdasarkan harga semasa petrol pada Oktober tetapi perdana menteri berpendapat kenaikan itu wajar dikurangkan sedikit untuk pengguna.

Kenaikan minyak sepatutnya 20 sen tetapi Najib minta kurangkan jadi 15 sen

Kenaikan minyak sepatutnya 20 sen tetapi Najib minta kurangkan jadi 15 sen

“Diharapkan pada November – jika keadaan pasaran bertambah baik – maka kerajaan tidak perlu membuat kenaikan lagi,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak Pasaran Modal Malaysia ke-21 di Kuala Lumpur hari ini.

Harga pasaran untuk petrol dan diesel di negara ini dinaikkan 15 mulai tengah malam tadi mengikut formula ditetapkan kerajaan selepas langkah rasionalisasi dibuat sebelum ini.

Kenaikan itu adalah yang tertinggi pernah berlaku pada tahun ini.

Dengan perubahan kadar berkenaan petrol RON95 kini dijual pada harga RM1.95 manakala RON97 menjadi RM2.30 seliter. Diesel pula dijual pada harga RM2 seliter.

Kadar terendah pada tahun ini berlaku pada Mac lalu iaitu RM1.60 seliter untuk RON95, RM1.95 untuk RON97 dan RM1.35 untuk diesel.

Johari juga menjelaskan kadar kenaikan harga minyak di negara ini dibuat berdasarkan purata harga pasaran minyak mentah dunia pada bulan sebelumnya dan tidak mengikut harga harian global.

Sumber: Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post