Ketua baju merah, Jamal gelar Ku Nan nyanyuk

Datuk Seri Jamal Yunos menyifatkan setiausaha agung Umno sebagai “mungkin nyanyuk” kerana ingin mengambil tindakan terhadap ahli parti itu yang menyertai demonstrasi Sabtu lepas.

Ketua baju merah, Jamal gelar Ku Nan nyanyuk

Ketua baju merah, Jamal gelar Ku Nan nyanyuk

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hujung minggu lalu dilaporkan memberi amaran, bahawa ahli-ahli Umno boleh dikenakan tindakan jika menyertai dua perhimpunan besar itu.

Jamal, ketua bahagian Umno Sungai Besar yang direman kerana mengetuai kumpulan Baju Merah, menegaskan tiada penyokong gerakannya yang terlibat atas tiket parti berkenaan.

“Saya sudah beritahu sebelum ini. Mereka yang terlibat adalah ahli-ahli NGO, mungkin Ku Nan ini orang lama dan mungkin sudah nyanyuk,” katanya selepas dibebaskan di sini hari ini.

Beliau ditangkap awal pagi Sabtu lalu, gagal memimpin perhimpunan badan-badan gabungan Baju Merah di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Tengku Adnan, mesra juga dipanggil Ku Nan, berkata Umno akan meneliti rakaman video dua demonstrasi pada 19 November lalu, Bersih 5 dan penentangnya Baju Merah.

“Kita akan serahkan kepada ahli lembaga disiplin untuk buat keputusan dan apa yang mereka patut lakukan…

“Sekarang kita akan lihat kesemua rakaman perhimpunan semalam [Sabtu] dan teliti siapa yang ambil bahagian,” katanya seperti dilapor Bernama.

“Saya amat kecewa dengan apa yang berlaku, saya sendiri pantau semalam dan dapati banyak perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh rakyat Malaysia.”

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post