Kontroversi Perkahwinan Pasangan Yahudi-Muslim

Apakah pendapat anda tentang perkahwinan antara wanita berketurunan Yahudi dan lelaki Arab beragama Islam? Ikuti kisah mereka.

Polis Israel semalam menghalang lebih 200 anggota puak Yahudi konservatif daripada mengganggu majlis perkahwinan antara wanita berketurunan Yahudi dan lelaki Arab beragama Islam, di sini.Berpuluh-puluh anggota polis, termasuk anggota unit elit menghalang anggota daripada Pertubuhan Pencegahan Asimilasi di Tanah Suci (Lehava) yang mengadakan tunjuk perasaan sambil berteriak ‘Kematian untuk Arab’ daripada memasuki pagar dewan di mana majlis perkahwinan itu diadakan.

Kontroversi Perkahwinan Pasangan Yahudi-Muslim

Perkahwinan Pasangan Yahudi-Muslim Ini Cetus Kontroversi

Perkahwinan Pasangan Yahudi-Muslim Ini Cetus Kontroversi

Perkahwinan Pasangan Yahudi-Muslim Ini Cetus Kontroversi

Polis turut menahan empat individu yang menceroboh kawasan itu. Penunjuk perasaan turut mengutuk pengantin perempuan, Maral Malka, 23, yang memeluk Islam sebelum mengahwini Mahmoud Mansour, 26, dan menganggapnya sebagai pengkhianat bangsa Yahudi. Tiada kecederaan dilapor dalam insiden itu.

Peguam kepada kedua-dua mempelai, gagal mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang tunjuk perasaan, namun berjaya mendapatkan bantuan polis untuk memastikan penunjuk perasaan berada dalam jarak 200 meter dari dewan majlis perkahwinan.

Perkahwinan Pasangan Yahudi-Muslim Ini Cetus Kontroversi

Perkahwinan Pasangan Yahudi-Muslim Ini Cetus Kontroversi

Kumpulan Lehava yang menganjurkan bantahan itu dilapor sering mengganggu pasangan Arab dan Yahudi sebelum ini dan membantah sebarang perkahwinan campur melibatkan kaum Yahudi dan Arab.

Pelik kan, kenapa mereka sangat benci dan memandang rendah pada bangsa lain selain bangsa mereka sahaja ? Tetapi pengantin lelaki ini memang berani betul, berani dia berkahwin dengan bangsa Yahudi dikala pengolakan yang hebat sekarang ini. Kalau dah jodoh, tak kemana,betul kan ? Semoga berbahagia selalu.

1 Comments

Previous Post Next Post