Masyarakat Muslim Amerika Syarikat Mahu Donald Trump Hormati Komuniti Islam

Masyarakat Muslim Amerika Syarikat Mahu Donald Trump Hormati Komuniti Islam

Masyarakat Muslim Amerika Syarikat tidak akan ke mana-mana dan tidak mahu ditakutkan atau dipinggirkan. (Gambar: The Huffington Post)

Rakyat Muslim di Amerika Syarikat menyatakan pendirian mereka untuk meneruskan hidup di negara itu meskipun dibimbangi tindakan Presiden Amerika Syarikat yang baru, Donald Trump terhadap mereka selepas ini.

Pengarah Eksekutif Kebangsaan, Majlis Perhubungan Islam Amerika (CAIR), Nihad Awad berkata, masyarakat Muslim di negara itu meminta Trump menghormati hak semua penduduk di negara itu dan bekerjasama dalam memperkukuhkan negara.

"Sebagai rakyat dalam negara yang maju, kami menerima keputusan proses demokratik yang menjadikan kita semua sebagai satu negara. Di sebalik kemenangan pilihan raya ini, masyarakat Muslim di Amerika terus tinggal di negara ini, tidak akan ke mana-mana dan tidak mahu ditakutkan atau dipinggirkan.

"Komuniti Muslim akan terus bergerak berdepan cabaran ketaksuban, mempertahankan keadilan dan melindungi keamanan sert hak sebagai rakyat Amerika," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman sesawang About Islam, hari ini.


 

Masyarakat Muslim Amerika Syarikat masih mahu terus tinggal di negara itu dan mempertahankan hak mereka sama seperti masyarakat lain. (Gambar: No Compulsion)
 

Susulan kemenangan Trump kelmarin, CAIR juga bergabung dengan kumpulan sivil dan hak asasi lain meraih perhatian rakyat AS tanpa mengira kepercayaan, bangsa dan latar belakang politik agar bersama dalam menjadikan AS sebagai negara yang mempunyai masyarakat bersatu.

Apa yang ditekankan CAIR adalah meneruskan usaha tanpa rasa rakut dan mempertahankan komuniti Muslim tidak kira sesiapa saja yang memerintah negara itu. 

"Bagi rakyat muslim Amerika yang berasakan mereka takut terhadap masa depan, anda perlu tahu Amerika ialah rumah anda dan anda juga mempunyai hak yang sama serta tanggungjawab sebagai rakyat Amerika lain," katanya.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post