Lila Majnun Kuala Lumpur: Dalam seminit je dah cantik, tudung gaya baru siap dengan rantai

Bagi menghasilkan produk tudung lain daripada yang lain, syarikat Lila Nouvelle Tendance Couture Sdn Bhd tampil memperkenalkan jenama tudung baharunya “Lila Majnun Kuala Lumpur” yang dilengkapi aksesori berbentuk rantai leher.

Lila Majnun Kuala Lumpur, Seminit saja sudah cantik

Lila Majnun Kuala Lumpur, Seminit saja sudah cantik

Pengasasnya Lila Ruzaini Mohd Hussain berkata tudung berkonsepkan aksesori itu diperkenalkan bersesuaian dengan kehidupan wanita moden dan mengikuti perkembangan fesyen pada masa kini.

“Saya melihat ramai sangat orang susah nak memakai tudung terutama yang baru nak berhijab, untuk memakai aksesori dan dari situlah tercetus idea yang mana kalau dah berhijab, aksesori tak perlu ditinggalkan kerana ia terus melekat pada hijab dan senang digayakan.

“Dari segi pemakaian pula ia senang dan mengambil masa kurang daripada seminit, sesuai dengan tagline kami ‘seminit cantik’,” katanya kepada Bernama.

Beliau ditemui selepas majlis pelancaran jenama tudung Lila Majnun Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh adinda Sultan Selangor Tengku Puteri Datuk Seri Zahariah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini semalam.

Lila Ruzaini berkata tudung itu didatangkan dalam pelbagai pilihan warna dengan lebih 100 jenis aksesori menarik mengikut pilihan pengguna antaranya eksklusif, etnik dan kasual.

Katanya, bagi pengeluaran sebulan pertama ini, sebanyak 2,500 helai tudung telah dipasarkan dan dijual pada harga runcit RM99 sehelai secara dalam talian, laman sosial Facebook dan Instagram serta menerusi ejen yang dilantik.

“Mulai tahun depan, kami menyasarkan nilai jualan lebih RM100,000 sebulan, meliputi penjualan 10,000 helai tudung sebulan,” katanya.

Beliau juga berharap menjadikan jenama tudung itu sebagai satu fenomena dalam pasaran tempatan pada masa akan datang.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai trend menciplak idea rekaan tudung baharu di pasaran semasa, beliau berkata pereka tudung sepertinya perlu sentiasa kreatif dalam menghasilkan kelainan pada rekaan tudung agar penciplak tidak mudah untuk meniru setiap rekaan yang dihasilkan. — Bernama

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post