Majlis peguam lebih bahaya daripada Malaysiakini – Baju Merah

Gerakan Baju Merah merancang berhimpun besar-besaran bagi membantah Majlis Peguam selepas demonstrasi di pejabat portal Malaysiakini minggu lalu.

Ketuanya Datuk Seri Jamal Yunos berkata perhimpunan diadakan kerana badan guaman itu mengaku menerima dana Open Society Foundations (OSF) yang dibiayai George Soros.

Majlis peguam lebih bahaya daripada Malaysiakini - Baju Merah

Majlis peguam lebih bahaya daripada Malaysiakini – Baju Merah

“Kita akan mengadakan demonstrasi besar mendesak kerajaan membubarkan Majlis Peguam,  tiba masanya kerajaan ambil tindakan terhadap mereka,” katanya kepada Malay Mail Online.

“Mereka lebih berbahaya daripada Malaysiakini kerana mereka faham undang-undang, mereka terlibat dengan sistem perundangan negara.

“Kami terkejut dengan kenyataan Majlis Peguam, bahawa tidak salah menerima dana OSF. Bagi saya, mereka tidak hormat rakyat Malaysia.”

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post