Manusia asal dari beruk, Masyarakat sains tolak teori Darwin

Beberapa bulan lalu, Turki mendapat perhatian antarabangsa selepas satu cubaan rampasan kuasa menemui kegagalan besar. Cubaan rampasan kuasa itu, bagaimanapun, tidak mencukupi untuk menjejaskan keyakinan penduduk terhadap hukum alam ketika mereka menyertai sekumpulan penyelidik barat yang membuktikan secara saintifik kewujudan tuhan.

Masyarakat sains tolak teori Darwin

Masyarakat sains tolak teori Darwin

Pada 24 Ogos lalu, dalam satu pertemuan di hotel Conrad Istanbul Bosphorus, saintis Turki dan Amerika Syarikat menggunakan bukti dalam biologi, biokimia dan astronomi untuk membuktikan tuhan itu wujud. Pembabitan saintis dua negara itu untuk bertemu adalah penting kerana hanya sebulan sebelumnya, Turki dikejutkan dengan cubaan rampasan kuasa.

Saintis dari Amerika itu adalah anggota sebuah pertubuhan berpengaruh Kristian di California yang dikenali sebagai ‘Reasons to Believe’ (RTB). RTB yang diasaskan oleh seorang daripada ahli astrofizik terkenal, Dr Hugh Ross, mempunyai matlamat mendidik generasi belia Kristian berhubung kepercayaan kepada tuhan pencipta alam berdasarkan bukti saintifik.

Percaya kewujudan tuhan

Berdasarkan kepada projek saintifik dan pendidikan organisasi itu, aktiviti mereka menjadi satu faktor penting yang mana ramai generasi muda mempercayai kewujudan tuhan.

“Saya rasa amat berbesar hati pada hari ini. Adalah suatu yang istimewa untuk menjadi peserta persidangan. Adalah sesuatu yang baharu untuk menyertai projek yang mana matlamatnya ialah menunjukkan kepada dunia bahawa orang Kristian dan Islam boleh bekerjasama mencapai matlamat bersama, menunjukkan menerusi bukti saintifik kewujudan tuhan dan cabaran kepada sains mengenai paradigma evolusi. Perkara ini pasti dipersetujui orang Islam dan Kristian.”

Perkara ini ditekankan oleh pakar biokimia dari RTB, Dr Fazale Rana, ketika berucap. Selepas menjelaskan keajaiban yang berlaku dalam satu sel tubuh, beliau kemudian berkata: “Jika kamu bersikap terbuka dan mengikut bukti ke mana-mana sahaja, hanya ada satu kesimpulan sahaja iaitu hanya ada satu maha pencipta yang mewujudkan kehidupan ini.”

Seorang lagi saintis Amerika yang juga pakar virus dan biologi molekul, Dr Anjeanette Roberts, menjelaskan secara terperinci kesilapan teori evolusi (oleh Charles Darwin) sebelum berkata penemuan proses penambahbaikan dalam kehidupan menunjukkan sains menyokong kewujudan maha pencipta.

“Alam semula jadi adalah petunjuk kewujudan tuhan yang kuat. Kitab suci memberitahu kita tuhan memberi petunjuk kewujudan-Nya menerusi alam semula jadi. Dia mahu kita mengenali-Nya dan sesiapa yang ada minda terbuka dan bersikap merendah diri boleh mengenali-Nya.”

Seorang lagi pakar astrofizik, Dr Jeff Zweerink, berkata alam semesta menunjukkan proses penambahbaikan dan keseimbangan setiap masa dan berkata: “Kita tinggal dalam alam semesta yang mana hasil kajian sains benar-benar menyamai petunjuk mengenai kewujudan tuhan… kita tinggal di alam yang menyokong kehidupan, itu tanda tuhan yang mencipta semuanya, wujud…”

Tiada proses evolusi

Pakar saraf Turki, Dr Oktar Babuna, mengingatkan hadirin bahawa protein tidak mungkin wujud secara kebetulan kerana ia memerlukan protein lain untuk terus dihasilkan. Tentu perkara ini sahaja menepis sama sekali teori evolusi sejak dari awal lagi. Selain itu, ada lebih 500 juta spesimen fosil jelas membuktikan tiada proses evolusi pernah berlaku.

Berikutan persidangan bersama ini, sebuah stesen televisyen Russia, Tsargrad TV, menjemput sekumpulan tetamu untuk memberi taklimat mengenai buku penulis Atlas of Creation yang diterjemah kepada lebih 12 bahasa. Dr Babuna turut serta bagi pihak saya untuk menjelaskan kepada semua yang hadir mengenai buku itu dan impaknya di pentas antarabangsa.

Beliau juga diwawancara wakil sebuah badan pemikir berpengaruh Russia, Katehon, bagi mendedahkan mengapa teori Darwin terus dipegang pihak akademik hingga hari ini. Apa yang penting ialah kerjasama saintis Islam dan Kristian dalam perkara ini.

Tentu semua ini adalah satu perkembangan positif ketika dunia terus dilanda konflik. Apabila kita memandang ke sekeliling, kita boleh lihat penderitaan berpunca daripada peperangan, konflik, keruntuhan moral, kelaparan, ketidaksamaan pendapatan dan lenyapnya perasaan kasih sayang.

Sebab utama mengapa penderitaan yang begitu mencengkam itu berlaku adalah kurangnya kepercayaan kepada tuhan. Oleh itu, adalah penting orang Islam dan Kristian bekerjasama dalam perjuangan intelektual menghadapi sikap tamak kepada kebendaan dan hilangnya kepercayaan kepada tuhan hingga memegang ideologi ateis.

Umumnya, semua orang terdedah kepada perbezaan antara masyarakat, berbanding persamaan. Bagaimanapun, perbezaan tidak semestinya tidak baik. Perbezaan itu masih boleh dibincangkan secara baik apabila kita bersahabat. Perpaduan, sikap saling memerlukan dan bekerjasama boleh membawa kejayaan sedangkan pertikaian hanya mendedahkan kelemahan. Keadaan semasa memerlukan kerjasama antara tokoh kedua-dua agama.

Penulis adalah penulis lebih 300 buku diterjemah kepada 73 bahasa mengenai politik, agama dan sains

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post