Netizen tersentuh lihat gambar polis suluh jalan untuk pasangan warga emas

Netizen tersentuh lihat gambar polis suluh jalan untuk pasangan warga emas | Pengguna internet di negara ini tersentuh dengan satu foto yang merakamkan sebuah kereta peronda polis mengikuti sebuah motosikal tiga tayar yang dinaiki oleh satu pasangan warga emas sambil menyuluh jalan menjadi viral.

Netizen tersentuh lihat gambar polis suluh jalan untuk pasangan warga emas

Netizen tersentuh lihat gambar polis suluh jalan untuk pasangan warga emas

Foto tersebut dirakam oleh seorang lelaki yang berjogging sekitar jam 7.30 malam pada 16 November di Quzhou di wilayah Zhejiang.

Foto itu kemudian dikongsi oleh People’s Daily di Weibo dan berjaya mendapat lebih 120,000 likes.

Menurut laporan media tempatan, dua pegawai polis, Zheng Shiong dan Yang Jun ternampak pasangan itu ketika mereka sedang menuju ke arah balai polis.

Kondisi jalan yang dilalui itu sangat kasar serta berlubang tanpa sebarang lampu jalan seolah-olah seperti jalan yang sedang dibaiki.

Disebabkan itu, kedua-dua pegawai polis tersebut mengambil keputusan untuk mengekori pasangan itu dan menyuluh jalan untuk mereka.

Namun, selepas 500 meter perjalanan, pasangan warga emas itu keletihan dan berhenti rehat. Zheng kemudian mengambil kedua-dua warga emas itu ke dalam kereta peronda sementara Yang menunggang motsikal mereka pulang ke rumah.

Sumber: SK


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post