Pekerja bunuh diri kerana kerap dipaksa kerja lebih masa, syarikat majikan diserbu

Pihak berkuasa menyerbu ibu pejabat Dentsu Inc dan beberapa rangkaian pejabat yang lain hari ini kerana mengesyaki pekerjanya kerap dipaksa bekerja lebih masa.

 

Pekerja bunuh diri kerana kerap dipaksa kerja lebih masa, syarikat majikan diserbu

Pekerja bunuh diri kerana kerap dipaksa kerja lebih masa, syarikat majikan diserbu

 

 

Menurut laporan Japan Today, serbuan dibuat selepas seorang pekerja syarikat tersebut, Matsuri Takahashi, 24 membunuh diri akibat tekanan beban kerja.

Keluarga Matsuri mendakwa mangsa bekerja bekerja lebih masa selama 105 jam untuk sebulan, melebihi had 70 jam dalam perjanjian pengurusan sumber manusia.

Rekod waktu kerja syarikat tersebut mendedahkan Matsuri pernah bekerja selama 53 jam bermula jam 7.27 petang pada 25 Oktober dan berakhir jam 12.42 pagi pada 28 Oktober.

Kementerian Kesihatan, Sumber Manusia dan Kebajikan akan menyusul kes tersebut kepada pendakwa raya kerana melanggar hak asas sumber manusia.

Setiausaha Kabinet, Yoshide Suga berkata kerajaan Jepun akan ‘mengubah cara pekerja bekerja’ untuk memastikan ‘tiada korban akibat beban kerja’.

 

 

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post