Pemandu bas parah ditetak lima lelaki dalam kejadian berhampiran susur keluar tol Bukit Tambun, di sini, hari ini.
Mangsa, Musa Chotah, 52, cedera di kepala, lengan kanan dan perut, dalam kejadian 6.30 petang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad, berkata mangsa yang parah itu turut diserang penyakit jantung.
“Mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pembedahan jantung dan keadaanya dilaporkan masih tidak stabil.
“Sehingga ini, kita masih menjalankan siastan untuk mengenal pasti motif kejadian,” katanya.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Tags:
tbKOR