PENAFIAN PENGLIBATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN DENGAN MANA-MANA BISNES SIMKAD

1. Pihak kami telah membuat penafian kali pertama pada 21 April 2016 bagi sebaran melibatkan bisnes berkenaan.

2. Walaubagaimanapun, sekali lagi terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Mufti Wilayah Persekutuan dalam perniagaan bisnes simkad berkenaan. Merujuk kepada video yang kami terima pada minit ke - 2:50:

"Apapun, bukan saya seorang dalam bidang agama yang terlibat dalam bisnes T**e T***k T**e E***l ini di mana, mudir saya di Ma'had dan juga beberapa Ma'had di sebelah Kelantan hatta Dr. Zulkifli iaitu Mufti Wilayah Persekutuan juga terlibat dalam bisnes ini."

3. Dengan ini, sekali lagi pihak kami ingin menegaskan bahawa SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan tidak terlibat dalam sebarang usaha melibatkan sokongan, pengesahan atau kaitan dengan bisnes simkad terbabit.

Sekian, terima kasih.


Post a Comment

Previous Post Next Post