Pusat perubatan Islam kenakan caj RM32,800 mengaku tipu pelanggan dan mohon maaf

Mengaku memperdayakan pelanggan, perkhidmatan pusat rawatan Islam yang viral kerana mengenakan caj “RM32,800” dihentikan seperti diarah pihak berkuasa, kata mufti Melaka.

Pusat perubatan Islam kenakan caj RM32800 mengaku tipu pelanggan dan mohon maaf

Pusat perubatan Islam kenakan caj RM32800 mengaku tipu pelanggan dan mohon maaf

Baca artikel sebelum: Pemilik pusat rawatan Islam yang kenakan caj RM32,800 adalah pemegang kad OKU mental

Datuk Abdul Halim Tawil berkata untuk mengelak kes penipuan berulang, pemantauan berterusan akan dibuat terhadap pengusaha terbabit, lapor Harian Metro.

“Pihak Majlis Agama Islam Melaka [MAIM] berpuas hati dengan langkah yang diambil pasangan terbabit iaitu menghentikan perkhidmatan mereka serta-merta ketika sesi permurnian dijalankan sebentar tadi [semalam],” katanya.

“Bagaimanapun pemantauan berterusan masih lagi dijalankan bagi memastikan pasangan itu tidak kembali menawarkan perubatan Islam seperti sebelum ini.”

Katanya masih ada beberapa individu yang berdegil datang untuk mendapatkan rawatan tetapi ditolak pasangan suami isteri itu.

Bulan lalu, kecoh di Facebook apabila resit bayaran tertera RM32,800 merawat seorang wanita tersebar dan menimbulkan kemarahan netizen.

Kesannya, pusat tersebut disiasat dan didenda RM500 oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) kerana berniaga tanpa lesen dan iklan tanpa permit.

Beroperasi di Taman Serkam Ria di sini, pengusaha membuat keputusan tutup serta-merta kerana “menyinggung” perasaan umat Islam dan turut memohon maaf.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post