"Saya Pilih Berlakon" - Janna Nick

(Kredit Gambar: IG Janna Nick @jannanick)

Semua mesti tahu Janna Nick memiliki single sendiri berjudul 'Mungkin Saja'  Lagu itu juga membawa Janna sehingga ke peringkat separuh akhir pertandingan Juara Lagu. Ramai peminat kepada pelakon ini makin tertanya-tanya adakah dia akan berhenti berlakon dan tumpukan pada nyanyian.

Rojak Daily Kaw! sempat bertanya sendiri kepada tuan punya badan baru-baru ini yang mana satu menjadi pilihan hatinya.Eh, bukan jejaka tetapi kerjaya sama ada nyanyian atau lakonan.

"Nyanyian hanya sekadar suka-suka. Macam lagu ini saya pun tidak percaya sehingga ke peringkat ini.  Saya tetap pilih lakonan. Ini memang bidang utama saya dan membuatkan orang kenal siapa Janna Nick," katanya.

(Kredit Gambar: Instagram Janna Nick @jannanick)

Bagi tuan punya badan, lakonan lebih serasi dengan dirinya dan memang mempertaruhkan bakat dalam bidang itu.

"Bab nyanyian, lebih kepada suka-suka dan perasaan mahu mencuba cabang seni lain," kata Janna, 21.

Mengenai harapan lagu yang dinyanyikannya, dia tidak meletak sasaran dan semuanya dilakukan kerana peminat dan penggemarnya yang digelars Jannanickers.

"Mereka (Jannanickers) banyak support saya, dan sentiasa ada kala susah dan senang saya.
 
"Bagi saya yang penting dapat menyanyi dengan sempurna sudah cukup. Jadi saya buat semua ini kerana mereka," katanya.

(Kredit Gambar: Instagram Janna Nick @jannanick)

Sempat ditanya apabila namanya bagaikan favorite dikaitkan kononnya sombong dan menjadi tumpuan netizen setiap apa yang dilakukan bakat baharu ini.

Mudah bagi Janna, haters gonna hate. Akui si jelita dari utara ini dia tidak boleh paksa semua orang menyukai dirinya.

Dia enggan terlalu melayan hal remeh berkenaan dan berdoa semua diberikan rahmat oleh Tuhan.

"Saya tidak mahu terlalu ambil pusing. Apa yang penting bagi saya ialah menjaga hati peminat saya yang tidak pernah jemu menyokong.

"Peminat saya lebih utama dan penting. Mereka tulang belakang kerjaya seni saya," katanya.

(Kredit Gambar: Instagram Janna Nick @jannanick)

Janna dalam pada itu turut menafikan menjadi anak emas sesetengah pengarah. Baginya, beliau selesa berlakon di bawah arahan sesiapa pun asalkan watak bersesuaian dengannya.

"Saya jarang berlakon di bawah pengarah yang sama, tidak ada soal anak emas atau sebagainya," katanya yang mula dikenali menerusi drama Syurga Nur.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post