Tandas jenama Trump, kepala burung macam muka Trump

Bakal presiden Donald Trump ada di mana-mana.

Bukan sahaja namanya menggemparkan dunia susulan kemenangan mengejutnya tetapi imej beliau turut “dilihat” pada sejenis burung di sini.

Foto pegar emas itu, yang didakwa iras-iras hartawan berkenaan, menjadi viral selepas dikongsi seorang wartawan di internet, lapor Reuters.

Tandas jenama Trump, kepala burung macam muka Trump

Tandas jenama Trump, kepala burung macam muka Trump

Malah penjaga taman safari di wilayah Zhejiang juga “perasan” burung spesies itu kelihatan seperti Trump, yang mengalahkan Hillary Clinton, 8 November lalu.

“Kami dapati bukan sahaja rambutnya semacam, gerak matanya juga seakan-akan sama,” kata ketua bahagian burung taman itu Gao Hongqiang.

Sementara itu, seorang ahli perniagaan tandas berteknologi tinggi berjenama “Trump” tidak risau jika saudagar itu menyamannya berhubung hak dagang, lapor The New York Times semalam.

Pengasas produk itu Zhong Jiye bertegas akan mempertahankan jenama itu Shenzhen Trump, didaftar sejak 2002, kerana percaya sistem perundangan negaranya akan memihak kepadanya.

Beliau juga mendakwa tidak mengenali tokoh hartawan itu dan menganggap jenama tersebut hanya kebetulan. 

Menurut akhbar itu lagi, daripada 46 jenama Trump yang didaftarkan di China, 29 daripadanya dimiliki presiden ke-45 Amerika Syarikat.

Sekurang-kurangnya 14 syarikat yang tiada kaitan dengan Trump dilaporkan mendaftar jenama dagang dengan nama tersebut di China pada 2015 dan 2016. 

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post