Terkejut harga secawan teh o berharga RM8.50, lebih mahal daripada nasi lemak

Seorang pemuda terkejut besar apabila mendapati harga secawan teh o yang diminumnya berharga RM8.50.

Menceritakan perkara itu kepada Sinar Online, pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Muhamad itu berkata, dia menyedari perkara itu tatkala mahu membayar kesemua menu makanan yang dipesannya.

Terkejut harga secawan teh o berharga RM8.50, lebih mahal daripada nasi lemak

Terkejut harga secawan teh o berharga RM8.50, lebih mahal daripada nasi lemak

“Harganya memang benar-benar tak masuk akal, ialah harga air teh o itu lebih mahal daripada harga nasi lemak yang hanya berharga RM 5,” katanya.

Dia yang menikmati hidangan sarapan di sebuah restoran di ibu negara pagi tadi berkata, pihak berwajib perlu memantau dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati.

Ujarnya, sekiranya wujud elemen pencatutan harga, maka pihak kementerian perlu mengambil tindakan yang sewajarnya berlandaskan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Rakyat tidak mahu wujudnya penguatkuasaan terpilih.

“Jangan biarkan sama ada  peniaga kecil atau besar terus menindas rakyat,” katanya lagi.

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post