Wanita Myanmar beli MyKad dengan harga RM1500 kantoi di sempadan

Wanita Myanmar beli MyKad dengan harga RM1500 kantoi di sempadan | Bermodalkan RM1,500, seorang wanita warga Myanmar mampu memperoleh MyKad untuk menetap di negara ini.

Tindakan wanita berusia 25 tahun itu dikesan Jabatan Imigresen negeri ketika pemeriksaan di laluan masuk bas Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam, hari ini.

 
Wanita Myanmar beli MyKad dengan harga RM1500 kantoi di sempadan

Wanita Myanmar beli MyKad dengan harga RM1500 kantoi di sempadan

Ketua Imigresen Bukit Kayu Hitam, Penolong Pengarah Imigresen Nar Azaman Ibrahim, berkata wanita ditahan apabila dilihat berkeliaran di laluan bas dalam keadaan mencurigakan, pada kira-kira 10 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati wanita itu menggunakan MyKad palsu yang dibekalkan majikannya di Johor Bahru.

“Dia mendakwa hanya perlu membayar RM1,500 untuk mendapatkan MyKad itu yang hanya ditukarkan gambar pemilik asal dokumen pengenalan terbabit yang dilaporkan kehilangan MyKad.

“Hasil siasatan awal juga mendapati wanita yang bekerja sebagai jurujual barangan bayi di pasar raya ini sudah menetap di negara ini lebih dua tahun dan ingin pulang ke negara asalnya menerusi Bukit Kayu Hitam,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes terbabit akan diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Kedah untuk tindakan lanjut.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post