“You are so damn rude!” – Telefon bimbit dirampas pengawal masa nak wefie dengan Lee Kwang Soo, Ayda Jebat enggan keruhkan keadaan

“You are so damn rude!” – Telefon bimbit dirampas pengawal masa nak wefie dengan Lee Kwang Soo, Ayda Jebat enggan keruhkan keadaan | “Mana rasa hormat? Perkara sebegitu tak sepatutnya berlaku.”

Itu luahan hati penyanyi dan pelakon Ayda Jebat apabila telefon bimbitnya dirampas seorang lelaki yang didakwa sebagai pengawal keselamatan ketika majlis membabitkan kemunculan bintang realiti televisyen Running Man dari Korea Selatan, Lee Kwang Soo di sini, semalam.

"You are so damn rude!" - Telefon bimbit dirampas pengawal masa nak wefie dengan Lee Kwang Soo, Ayda Jebat enggan keruhkan keadaan

“You are so damn rude!” – Telefon bimbit dirampas pengawal masa nak wefie dengan Lee Kwang Soo, Ayda Jebat enggan keruhkan keadaan

Ayda, 24, bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan insiden itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Buat masa sekarang saya tak nak komen lebih lanjut. Bukan apa, saya tak nak menambah bara dalam keadaan isu ini tengah panas. Saya difahamkan pihak penganjur dalam proses perbincangan untuk memohon maaf dengan barisan selebriti yang terbabit.

“Kalau saya bukan artis sekalipun atau peminat yang berada di tempat saya, mereka tidak sepatutnya berbuat sedemikian,” katanya kepada Harian Metro.

Ayda yang juga penyanyi lagu Pencuri Hati memaklumkan dia bersama Ajak Shiro, Saharul Ridzwan dan Hairul Azreen perlu berada di lokasi acara seawal jam 6 pagi.

“Kami dipilih menjadi duta minuman 100PLUS untuk kempen Runningman di Malaysia.

“Malah kami yang banyak membuat promosi mengenai acara terbabit. Jadi apabila berlaku kejadian seperti itu, memang tak patut,” katanya.

Semalam video telefon bimbit milik Ayda dirampas ketika mahu bergambar ‘wefie’ Lee Kwang Soo bersama tiga selebriti lain mulai menjadi viral di Internet sehingga menimbulkan pelbagai maklum balas.

Susulan kejadian itu juga, Ayda memuat naik status di laman Twitter miliknya yang berbunyi ‘You are so damn rude!’.

Bukan sahaja Ayda, pelakon Saharul Ridzwan yang turut terbabit dalam program itu turut meluahkan rasa kecewanya di laman Instagram miliknya apabila tidak diberikan tempat duduk sepanjang program itu berlangsung.

“Tidak mengapa, saya tak payah duduk pun tak apa. Boleh berdiri sampai habis acara, sampai pusat membeli belah tutup pun tak apa. Apa ada hal, saya orang Malaysia. Steady!,” tulis Saharul.

Menerusi status sama, Saharul memaklumkan pihak penganjur sudah menyediakan kerusi buat mereka namun apa yang berlaku sebaliknya.

“Wow, mungkin kerusi itu halimunan zaman canggih ini. Ayda Jebat tadi pun saya yang suruh dia duduk di kerusi itu. Nanti saya nak beli kerusi halimunan itu,” katanya.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post