10 Makanan Malaysia Tolonglah Jangan Letak Cheese

Gambar: Hotel Armada

Tak sampai 10 hari lagi kita akan meninggal tahun 2016 ini dan antara kita sedar atau tidak pada tahun ini pelbagai makanan telah diberi citarasa baharu dengan menambah keju ke dalam makanan tersebut.

BACA: 13 Fakta Menarik Tentang Cheese Yang Anda Perlu Tahu

Kami pernah jumpa murtabak cheese, cakoi cheese, apam balik cheese, pisang goreng cheese, cucur cheese, karipap cheese dan macam-macam lagi makanan Malaysia yang ditambah cheese kononnya untuk memberikan rasa premium.

Makanan yang ditambah cheese ini ada yang betul sesuai dan ada juga yang kami rasa macam mengarut pun ada kerana rasa makanan itu sendiri sudah sedap tanpa perlu ditambah cheese.

Kami kongsikan 10 makanan Malaysia yang kami harapkan tiada yang cuba-cuba menambah cheese.

1. Rendang

Gambar: nyobain.com
Kami sangat harapkan janganlah ada yang cuba masukkan cheese dalam masakan rendang. Pasti rasanya tidak akan kena sama sekali ataupun mungkin berasa pelik.

2. Lemang

Gambar: holidaysinmalaysia.org
Lemang jagung, lemang pulut hitam ataupun lemang tepung sememamgnya menjadi makanan yang sinonim dengan hari raya dan kami juga harapkan rasa lemang tidak akan dirosakkan apabila menambah cheese seperti rasa kuih bangkit yang kini ada yang menjual kuih bangkit cheese.

3. Kuih talam

Gambar: pbase.com
Pasti ramai yang suka melihat kuih talam yang berwarna warni seperti kuih talam cendol, kuih talam keladi, kuih talam jagung dan memang sesuai untuk dijadikan pencuci mulut tanpa perlu ditambah cheese.

4. Laksa

Gambar: malaysia.com
Kalau samyang noodle mungkin sesuai ditambah dengan cheese tetapi tidak sama sekali bagi laksa. Biarkan rasa asli kuah ikan dengan laksa kekal seperti biasa.

5. Kuih bakar

Gambar: sugareverythingnice.blogspot.my
Kuih bakar berlauk ataupun kuih bakar manis memang menjadi kegemaran kami untuk berbuka puasa di bulan Ramadan dan kami dapat rasakan memang tak akan masuk rasa cheese dengan rasa asli kuih bakar yang berlemak itu.

6. Kuih cara

Gambar: resepimudah.com
Kuih cara ini juga seangkatan dengan kuih bakar cuma saiznya kecil dan juga salah satu makanan tradisional yang tak perlu ditambah dengan cheese.

7. Keropok lekor

Gambar: Foodadvisor.my
Kami pernah cuba keropok lekor cheese dan kami rasakan macam tak sesuai apabila rasa ikan bercampur dengan rasa daripada cheese. Memanglah ada efek bertali-tali apabila cheese itu cair selepas keropok lekor digoreng tapi kami lebih suka keropok lekor yang asli dan dicicah dengan sos keropok.

8. Cucur badak

Gambar: rasamalaysia.com
Nama sahaja cucur badak tapi jangan risau tiada badak di dalam kuih ini dan kuih ini juga tidak sesuai sama sekali dimasukkan cheese kerana pasti akan hilang rasa manis-manis pedas inti serunding kelapa yang digunakan untuk kuih cucur badak.

9. Cakoi


Cakoi yang sedap hanyalah apabila cicah bersama kaya ataupun kuah kacang dan pada kami tidak sesuai sama sekali sekiranya cakoi disaluti dengan cheese. Tambah pula pasti harganya lebih mahal berbanding cakoi biasa yang orang jual dua ketul dengan harga RM1.

10. Mi kari

Gambar: azlitamasammanis.com
Rasa mi kari yang sedap adalah datang daripada rempah kari, santan serta air rebusan daging ataupun seafood yang digunakan. Kami pasti sekiranya ada yang masukkan cheese dalam mi kari pasti rasanya berlainan dan tidak dapat lawan rasa asli mi kari.

Sekiranya anda ingin menambah cheese dalam apa-apa masakan atau makanan anda perlu memahami sifat setiap jenis cheese kerana ia berbeza mengikut jenis. Contohnya parmesan cheese rasa sedikit berlemak dan masin manakala mozarela lebih kepada untuk memberi kesan bertali apabila sudah dimasak.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Post a Comment

Previous Post Next Post