Malaysia memang terkenal dengan syurga makanan baik daripada makanan tradisional sehinggalah makanan dari pelbagai negara ada di Malaysia jadi pasti tidak akan lapar sekiranya berada di Malaysia.
BACA: Bagaimana Rupa Burger Restoran Makanan Segera Seluruh Dunia?
Selain itu trend makanan juga sentiasa berubah setiap tahun dan pasti ada makanan yang menjadi viral untuk sepanjang tahun jadi kami senaraikan 15 makanan yang pernah viral untuk sepanjang tahun 2016 ini.
1. Seafood shell out
Gambar: Foodink
Ketika mula diperkenalkan di pasaran ramai yang tertarik dengan konsep makan seafood shellout ini kerana makan tanpa sebarang pinggan cuma dialaskan dengan plastik. Bermula dari harga beratus-ratus untuk satu set hinggalah set budget telah diperkenalkan.
Memang kenyang makan style shellout ini sebab pelbagai jenis aneka seafood daripada ikan, udang, lobster, sotong, kepah, siput dan macam-macam lagi. Bahkan ada juga yang berkongsi resepi penyediaan sos shellout homemade jadi sekiranya ingin mencuba buatnya sendiri.
2. Pau Cendawan
Kami masih ingat pau cendawan ini meletup popularitinya ketika Ramadan yang lepas. Dengar cerita orang beratur panjang di Bazar Ramadan Putrajaya untuk membeli pau yang intinya berisi krim cendawan dan rupanya seperti cendawan butang. Kami juga sempat mencuba dan terbukti pau cendawan ini memang berlainan dari pau biasa kerana krim cendawan yang digunakan memberi rasa yang berbeza dengan pau yang lain. Tambah pula dengan bentuk yang comel tu.
3. Kuih Nona Manis
Gambar: Resepi Sheila Rusly
Kuih nona manis ini adalah kuih tradisional Indonesia tapi kami menyedari agak terkenal juga kuih ini di Instagram dan blog masakan kita kerana rasanya dan manis-manis lemak dan rupanya yang menarik itu. Ramai juga pengusaha kuih-muih yang menjual kuih ini secara pre-order.
4. Churros
Kami pun pelik kuih yang berasal dari Sepanyol ini tiba-tiba viral pula di Malaysia, bukan apa sebelum ini churros memang dah ada di Malaysia cumanya biasa disajikan di kafe ataupun yang biasa kami jumpa di Auntie Anne’s. Kerana viralnya churros ini sekarang di pasar malam dan event food festival pun dah ada orang yang menjualnya.
Dengar cerita resepi buat churros ini mudah saja, bolehlah cuba sendiri di rumah.
5. Aiskrim Malaysia Choki-choki
Gambar: sayidahnapisah.com
Pasti ramai teringat aiskrim Malaysia yang ada pelbagai perisa macam asam boi, milo, bandung dan lain-lain. Atas kreativiti orang kita pada 2016 aiskrim Malaysia diberikan nafas baru dengan perisa susu dan choki-choki dan memang sedap pun. Kalau dulu sebatang hanya 10 sen kini ada yang menjualnya dengan RM2.00 sebatang.
6. Teh Ais Buih Melimpah
Gambar: ella_elly.blogspot.my
Selalunya air berbuih-buih hanyalah teh tarik panas tapi kini teh ais pun dah ada buih yang melimpah ruah. Ais sebegini memang popular di Kelantan pada mulanya dan kini boleh dikatakan merata restoran dan kedai makan ada menjualnya. Cuma ada yang rasanya memang betul padu dan ada juga yang rasanya biasa-biasa sahaja.
7. Mangga Susu blended
Gambar: Cari
Pasti ramai yang gemarkan jus mangga yang dikisar bersama susu dan ais. Memang betul menyegarkan kalau minum ketika hari yang panas. Daripada segi harga pula ada yang menjualnya bermula harga RM2 secawan sehinggalah RM10 secawan, dan pasti bahan-bahannya berbeza. Kami cadangkan anda cuba juga buat sendiri rumah kerana bahan-bahannya tidaklah terlalu sukar didapati.
8. Samyang noodle
Gambar: auyeunggavin.wordpress.com
Mi ramen segera daripada Korea ini popular di Malaysia kerana pengaruh K-pop dan juga video Samyang Challenge kerana rasanya yang terlalu pedas dan warna merahnya yang menyala-nyala.
Samyang noodle ini juga ada viral atas sebab status halalnya dan ada yang mendakwa mi ramen jenama ini tidak halal kerana mengandungi bahan berunsur babi namun pihak samyang telah memberikan kepastian bahawa mi ramen yang diimport ke Malaysia adalah halal.
9. Nasi Kak Wok
Gambar: eatdrinkkl.blogspot.my
Nasi berlaukkan ayam goreng kunyit yang dipotong kecil serta kuah gulai yang istimewa ini memang telah popular di Kelantan dan secara tidak langsung turut terkenal apabila muncul gerai-gerai kecil yang menjual nasi ala Kak Wok serata Malaysia.
10. Aiskrim gulung
Gambar: malaysiafood.my
Dua tahun lepas di Malaysia pernah terkenal dengan aiskrim pasu dan pada tahun 2016 ini aiskrim gulung pula mendapat tempat di hati pengemarnya. Rasa aiskrim gulung ini boleh kata sama sahaja seperti aiskrim biasa cumanya cara pembuatannya yang unik. Bahan-bahan aiskrim akan diadun di atas pan sejuk dan disebatikan sehingga beku dan barulah digulung denga lapisan yang nipis.
11. Breath Dragon Biscuit
Ini adalah lagi satu makanan yang unik kerana apabila memakan biskut ini asap akan keluar daripada mulut kerana gas nitrogen yang dimasukkan dalam biskut ini. Namun baru-baru ini ada kes seorang remaja di Kedah yang sakit tekak selepas makan biskut ini.
12. Kuih keria antarabangsa
Gambar: azalizamismyname.blogspot.my
Kuih tradisional pasti tak akan lapuk di telan zaman seperti kuih keria antarabangsa yang terdapat di Limbongan, Melaka. Uniknya kuih keria di sini disalut menggunakan gula melaka dan orang sanggup beratur panjang demi mendapatkan kuih istimewa ini.
Bahkan ada juga perkhidmatan runner yang berulang alik dari Kuala Lumpur ke Melaka bagi membeli kuih keria yang dipesan pelanggan mereka.
13. Nasi lemak anak dara
Nampak gayanya taktik pemasaran yang digunakan oleh Siti Hajjar Ahmad untuk memperkenalkan perniagaan nasi lemaknya ini betul-betul berjaya. Boleh kata pada tahun 2016 ini semua orang mengenali Nasi Lemak Anak Dara (NLAD)sehingga menjadi sebutan ketika pembentangan Bajet 2017.
Para pelanggan sanggup beratur panjang demi mendapatkan nasi lemak istimewa ini dan ramai juga yang memberikan respon bahawa NLAD ini memang betul sedap.
14. Nutella Milkshake
Minuman milkshake ini mula diperkenalkan di kafe-kafe hipster dan dihiasi dengan pelbagai jenis bahan seperti biskut Oreo, jelly bean, kekacang, chocolate rice dan macam-macam lagi yang membuatkan rupa milkshake ini nampak meriah.
Cumanya sesekali minum cukuplah kerana rasanya memang betul manis.
15. Ahmad Lim Black Pancake
Bukan nak kata apa, pancake yang dijual di Ahmad Lim ini memang betul menyelerakan ditambah pula dengan Nutella yang disapu di atas pancake ini. Makan pula ketika masih panas dengan keluarga atau rakan-rakan pasti berebut siapa yang dapat kepingan terakhir.
Bagi yang belum merasai antara makanan-makanan ini masih sempat lagi untuk mencubanya kerana masih berbaki 11 hari lagi sebelum masuknya tahun 2017.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram