3 Universiti Tempatan Dalam Kelompok 100 Terbaik Dunia

3 Universiti Tempatan Dalam Kelompok 100 Terbaik Dunia

(Kredit Gambar: http://ift.tt/2gSyQYy)

Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan tiga universiti tempatan yang berjaya menduduki senarai 100 universiti terbaik daripada senarai 300 buah universiti. Menurut laman web THE, UPM menduduki tempat ke-89 melonjak 14 anak tangga daripada kedudukan 103 tahun lepas, manakala dua lagi universiti iaitu UTP yang tiada dalam senarai tahun lalu kini berada di kedudukan ke-91 dan UTM dahulunya berada di tempat ke-56 jatuh tempat ke-100 tahun ini.

3 universiti teratas. (Kredit Gambar: laman web UPM, UTM & UTP)

Sementara itu, universiti yang berjaya ke senarai 300 terbaik Times Higher Education (THE) BRICS and Emerging Economies University Rankings ialah Universiti Sains Malaysia (USM) di kedudukan ke-114, naik dua anak tangga berbanding tahun lalu dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di tempat ke-136 berbanding tempat ke-158 tahun lalu. Dua lagi universiti yang berada dalam kelompok ini ialah Universiti Utara Malaysia (UUM) berada dalam kelompok 201-250 dan Universiti Teknologi Mara dalam kelompok 251-300.

(Kredit Gambar: Twitter)


Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dalam laman Twitternya mengucapkan tahniah kepada universiti berkenaan.

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post