Apple Tawar Produk ‘Merah’ Eksklusif Di Pasaran

Apple Tawar Produk ‘Merah’ Eksklusif Di Pasaran

(Kredit Gambar: appleinsider.com)

Bermula 1 Disember, bukan sahaja lampu hiasan di luar premis Apple ditukar kepada warna merah, malah mereka turut menawarkan edisi istimewa beberapa produk seperti speaker dan headphones. Pengguna turut berpeluang menyumbang kepada Pertubuhan AIDS Sedunia apabila sejumlah US$1 (RM4.47) daripada pembelian secara atas talian mahupun di stor akan didermakan kepada badan amal tersebut.

(Kredit Gambar:Apple)

Kesemua wang yang diperolehi hasil jualan album The Killers berjudul Don't Waste Your Wishes di iTunes turut didermakan. Lebih menarik, terdapat lebih 20 aplikasi permainan terkenal di iPhone dan iPad termasuk Angry Birds 2, Candy Crush Jelly Saga, Clash of Clans, Clash Royale, Farm Heroes Saga dan FarmVille: Tropic Escape yang boleh dimuat turun turut disumbangkan kepada kempen selama enam hari ini.  

(Kredit Gambar:Apple)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post