7 Fakta Kereta Api Laju Di Mekah Yang Bakal Siap

Gambar: SkyscraperCity

Nampaknya tidak lama lagi projek keretapi laju ‘Haramain’ yang menghubungkan Mekah dan Madinah akan siap dan dijangkakan akan beroperasi akhir 2017. Projek ini mempunyai laluan sejauh 453 kilometer dan melalui beberapa kawasan lain seperti Jeddah, Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz dan lain lain.

BACA: Ini Berlaku Bila Keretapi Jadi Hutan Mini

Buat masa sekarang pembinaan projek ini hanya berbaki 10 kilometer iaitu tujuh kilometer di kawasan kejiranan Al Iskan di Mekah dan lagi tiga kilometer di daerah Al Harazat, Jeddah.

Projek ini adalah satu projek yang cukup menarik kerana menghubungkan dua buah kota suci bagi umat Islam dan pasti ia akan memudahkan lagi urusan pengangkutan awam pada masa hadapan.

Kami kongsikan tujuh fakta menarik berkenaan keretapi Haramain ini.

1. Mempunyai lima buah stesen perhentian

Stesen perhentian yang akan beroperasi adalah di Kota Madinah, Bandar Ekonomi Raja Abdullah di Rabigh, Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, ibu bandar Jeddah, dan juga di Kota Mekah.

Salah satu stesen Haramain di Jeddah. Gambar: Saudi Gazette

2. Mampu mengangkut hampir 1.2 bilion penumpang apabila fasa pertama beroperasi

Fasa pertama akan beroperasi selama 12 tahun dengan kadar penumpang seramai 100 juta orang setahun dan membawa kira-kira 11,400 penumpang dan 12,400 penumpang dalam masa satu jam.

3. Menjadi pengangkutan jemaah haji kelak

Apabila siap nanti jemaah haji tidak perlu lagi menaiki bas daripada Mekah untuk menuju ke Madinah ataupun sebaliknya kerana Haramain ini berperanan mengangkut seramai 2 juta jemaah haji setahun.

4. Tempoh perjalanan yang singkat

Jarak masa untuk perjalanan antara Mekah dan Madinah akan menjadi lebih singkat iaitu hanya dua jam manakala bagi laluan Mekah dan Rabigh adalah selama satu jam serta Jeddah dan Mekah hanya 21 minit.

Gambar: Marca España

5. 127 jambatan daripada 138 jambatan telah disiapkan

Pihak berkuasa Arab Saudi telah menyiapkan hampir keseluruhan jambatan yang terlibat dalam projek keretapi ini dan hanya berbaki lagi 11 jambatan.

6. Laju tetapi selamat

Dikatakan keretapi Haramain ini akan mempunyai kelajuan hampir 300km/j namun bagi memastikan keselamatan para penumpang, kelajuan tersebuh tidak melebihi had yang ditetapkan.

Gambar: ConstructionWeekOnline.com

7. Rekabentuk landasan berkembar

Projek Haramain ini direka untuk mempunyai rekabentuk landasan yang berkembar dan akan menggunakan kuasa elektrik bagi mengerakkan keretapi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Post a Comment

Previous Post Next Post