Nahas pada pukul 10 pagi itu mengorbankan Asaya Abdul Rahim, 50, dan anak saudaranya, Muhammad Amirul Mukminin Mohamad Shuhaimi, 16, di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.






Difahamkan kemalangan itu berlaku ketika motosikal jenis Yamaha LC yang ditunggang kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh manakala lori tanpa muatan dan Toyota Hilux dari arah bertentangan.

Kejadian dipercayai berlaku selepas lori tersebut hilang kawalan lalu melanggar belakang Hilux sebelum kenderaan pacuan empat roda itu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh motosikal yang ditunggang mangsa.

Rempuhan itu menyebabkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.