7 Gambar troll Jamal bertuala

Nampaknya aksi Datuk Seri Jamal Md Yunos semalam menjadi bahan troll apabila Ketua UMNO Sungai Besar itu ke pejabat Menteri Besar Selangor dengan hanya memakai tuala.

Jamal berada di hadapan pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor untuk menumpang mandi di pejabat Menteri Besar Selangor kerana rumahnya tiada air.

Selain bertuala, Jamal juga turutmembawa peralatan untuk kegunaan mandi seperti sabun dan berus gigi sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah air di negeri ini.

“Saya cuma datang untuk menumpang mandi, sudah empat hari saya tidak mandi kerana ketiadaan air di rumah.

“Lagipun, saya bukannya datang untuk membuat demo baju merah ataupun bawa senjata, jika tidak boleh di pejabat MB, di tingkat bawah pun jadilah,” lapor media.

Berikut dipaparkan gambar Jamal yang telah diedit dan menjadi viral di laman-laman sosial.  Siapa pun yang buat ini anda kreatif cuma kasihan la dengan Jamal, tak fasal-fasal jadi viral.

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post