Merasakan tanggungjawab untuk meneruskan kembali perniagaan sate warisan turun temurun keluarganya telah menguatkan semangat seorang lelaki daripada Membakut, Sabah untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan satenya.
BACA: Jual Piala Tak Laku, Kini Jutawan Satay Station
Sarianshah Shamsudin, 33, telah memberi nafas baru kepada resepi sate milik ibu bapanya dengan menggunakan isi ayam organik yang istimewa dengan harga RM1.10 secucuk.
GAMBAR: BH PLUSBeliau ketika ditemui oleh BH Plus telah berkongsi beberapa keunikan sate miliknya yang diberi jenama Satay Power yang tela dijalankan sejak April lalu dengan kerjasama seorang rakan kongsi.
1. Hanya menggunakan isi ayam organik ekstrak tongkat ali
Menurut Sariahshah untuk memberi kelainan dia hanya menggunakan isi ayam organik yang telah diternak dan diberi makan ekstrak tongkat ali dan ia merupakan hasil kajian seorang pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS).
2. Mempunyai enam cawangan di Sabah
Walaupun masih baru Satay Power telah mempunyai enam cawangan francaisv sekitar Sabah iaitu di Taman Suria: Grand Milineum, Penampang: Cybercity, Plaza Menggatal, Putatan dan Kota Kinabalu: Kingfisher.
3. Isi sate yang kurang lemak, tinggi protein dan lebih pejal
Oleh kerana menggunakan isi ayam organik, sate yang dihasilkan kurang lemak tetapi mempunyai kandungan protein yang tinggi dan isinya lebih pejal berbanding sate ayam biasa.
4. Resepi warisan turun temurun
Bagi penyediaan sate ini Sarianshah telah menggunakan resepi milik ibu bapanya semenjak 1983 dan pernah menjadi pembekal sate dan kuah sejuk beku untuk beberapa hotel terkemuka di Kota Kinabalu sewaktu tahun 2007 hingga 2009.
Gambar: BH PLUS5. Empat jenis sate yang berbeza
Bagi memenuhi kehendak pelanggan, empat jenis sate telah diperkenalkan iaitu Ayam Li Chicken, Chicken Thigh, Beef Tenderloin dan lamb shoulder.
6. Dihidangkan bersama kelupis
Kalau disemenanjung sate biasanya dihidangkan bersama nasi himpit ataupun ketupat daun kelapa tetapi berbeza di Satay Power disajikan bersama kelupis iaitu nasi pulut yang dikukus dan dibungkus dengan daun nyirik atau silad.
Gambar: BH PLUS7. Buka tempahan sejuk beku
Bagi pelanggan yang ingin menyajikan Satay Power untuk majlis mereka, terdapat juga perkhidmatan sate sejuk beku yang disediakan oleh Sarianshah.
Gambar: BH PLUS
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram