(Kredit Gambar: Facebook Rumah Zakat
Setakat ini tiada ancaman tsunami dilaporkan. Post Metro melaporkan, seorang Pegawai Daerah memaklumkan seorang lelaki tua disahkan meninggal dunia berkemungkinan besar akibat serangan jantung. Selebihnya yang maut dan cedera akibat terperangkap di dalam runtuhan rumah. Gegaran berlaku sekitar jam 5 ke 6 pagi di daerah Pidie Jaya, ketika majoriti penduduk wilayah Islam itu sedang bersedia untuk solat Subuh.
Ketua Meteorologi, Klimatologi dan Agensi Geofizik Indonesia, Eridawati memaklumkan sekurang-kurangnya lima gegaran susulan direkodkan setakat ini. Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan. Sebelum ini, Acheh mengalami kemusnahan teruk apabila dibadai tsunami Lautan Hindi pada tahun 2004.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Tags:
Rojak