Aeril Zafrel 'Mengayat' Peminat Wanita di Instagram?

Aeril Zafrel 'Mengayat' Peminat Wanita di Instagram?

Aeril Zafrel menafikan dia cuba memikat peminatnya di Instagram. (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

Pelakon Aeril Zafrel, 28, menafikan dia cuba ‘mengayat’ salah seorang followers di Instagramnya (IG) apabila mereka dikatakan  berbalas-balas komen dalam IGnya itu.

Tegas suami  pelakon Wawa Zainal itu, jika benar dia mahu melakukan perkara seperti itu, dia tidak akan membuatnya secara terbuka yang semua orang boleh baca.

Isu itu timbul apabila ada pihak meviralkan komen Aeril dengan peminat wanita terbabit. Aeril tidak sangka ada pihak sanggup melakukan perkara yang tidak bertanggungjawab itu. 

Ada orang memadamkan komen-komen lain dan membuat seolah kami hanya berbual berdua. (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

“IG saya ada 1.5 juta followers yang terdiri daripada  peminat lelaki dan wanita. Kedua-duanya saya layan sama rata kerana sebagai artis  sokongan peminat amat diperlukan dalam kelangsungan kerjaya seni saya.

“Apabila tiada penggambaran dan ada masa terluang saya akan membalas komen peminat tetapi jika ada yang tersalah tanggapan dan tersilap tafsiran terhadap komen saya,  itu di luar kemampuan saya.

“Berkenaan kontroversi saya dengan peminat terbabit, ada pihak sengaja  memadam komen saya dengan peminat lain dan meninggalkan komen kami berdua seolah-olah  menggambarkan saya membalas komennya saja,” katanya.

Melayan peminat demi kelangsungan karier dan tiada niat lebih daripada itu. (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

Tegas Aeril lagi, ketika dia membalas komen di IG, Wawa ada di sebelahnya dan jika dia terbaca komen nakal peminat, dia tersenyum saja. 

“Sebagai isteri dia amat mengenali saya dan kami saling mempercayai. Dia tahu saya ada  ramai peminat.

“Apabila isu seperti itu timbul, saya anggap ia adalah cabaran dalam rumah tangga kami yang baru berusia lima tahun. Alhamudulillah, mahligai kami masih utuh dan semoga Allah SWT memberi ketabahan serta kesabaran kepada kami kerana kita tidak tahu apa lagi dugaan selepas ini,” katanya.

Ujar Aeril lagi,  dia tiada masa untuk memikirkan hal lain melainkan fokus kepada kerjaya, rumah tangga dan anak-anak.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

1 Comments

  1. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Precious Ovia, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (preciousovia39@gmail.com)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post