Album Yuna, Chapters tersenarai dalam 10 album R&B terbaik 2016 dalam Carta Billboard

Carta Billboard menyenaraikan album terbaharu penyanyi Yuna iaitu Chapters sebagai 10 album R&B terbaik sepanjang 2016.

Yuna, 30, menerusi status di Twitter miliknya pada Ahad mengumumkan berita gembira itu.

Chapters sebagai 10 album R&B terbaik

Chapters sebagai 10 album R&B terbaik

“Album saya Chapters antara satu daripada 10 album R&B Terbaik 2016. Pilihan pengkritik…Terima kasih @billboard,” tulisnya.

Selain daripada Yuna, antara nama besar lain yang turut tersenarai adalah Beyonce, Rihanna dan John Legend.

Chapters turut menampilkan single seperti Places to Go, Lanes dan lagu hit, Crush duet bersama Usher. – BERNAMA

 

Sumber: MStar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post