Alhamdulillah, bayi diculik kerana hutang kawan ayah sudah selamat

Bayi perempuan, 8 bulan, yang diculik lelaki di Kampung Rawa-Rawa, Batu 4, Jalan Apas, Tawau, pagi tadi, selamat ditemui.

Perkara itu disahkan sendiri oleh ibu mangsa, 32, menerusi aplikasi WhatsApp pada 8.52 malam tadi.

Alhamdulillah, bayi diculik kerana hutang kawan ayah sudah selamat

Alhamdulillah, bayi diculik kerana hutang kawan ayah sudah selamat

Baca artikel sebelum: Hutang dadah RM100ribu, tapi anak rakan penghutang pulak kena culik suruh bayar

“Syukur alhamdulillah anak saya selamat dan baru saja tiba di rumah,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Difahamkan bayi itu ditemui orang ramai di ladang kelapa sawit di daerah ini, dipercayai ditinggalkan suspek.

Sementara itu, polis mengesahkan bayi perempuan itu sudah ditemui.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Superintendan Mustaffa Maarof Mustaffa berkata, bayi terbabit sudah bersama keluarganya.

“Kita mengesahkan bayi itu sudah ditemui dalam keadaan selamat dan berada bersama keluarganya.

“Bagaimanapun siasatan masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum itu, kehilangan bayi tersebut disedari ibu saudaranya ketika bangun tidur pada 6.15 pagi tadi.

Mangsa dikatakan tidur bersama ibu dan ibu saudaranya sedang tidur di ruang tamu rumah mereka dalam keadaan pintu rumah tertutup tapi tidak terkunci.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post